Mk One Resources

0-50 Employees ·

<10 Followers

Tentang Mk One Resources

MK ONE RESOURCES telah diasaskan pada tahun 2012 dan dimulakan secara kecil-kecilan. Mk One adalah sebuah syarikat yang secara amnya terlibat dalam bidang pembekalan seperti perkhidmatan bekalan makanan bermasak, menjual makanan dan minuman, perkhidmatan kanopi, andaman, perkhidmatan fotografi dan videografiMK ONE RESOURCES ditubuhkan adalah kerana minat yang mendalam telah dipupuk sejak berumur 11 tahun lagi melalui perniagaan yang dijalankan oleh keluarga. Oleh kerana sering membantu ibu menjalankan perniagaan menjual makanan pada awal pagi di pasar, ia sedikit sebanyak mempengaruhi minat untuk menceburi bidang masakan dan perniagaan lain.Sejak dari penubuhan tahun lepas, MK ONE RESOURCES telah menjalankan pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, majlis jamuan hari raya, dan majlis-majlis keraian. Dengan pengalaman yang ada, pelanggan memberikan kepercayaan sepenuhnya dan kami bertanggungjawab melaksanakan dengan jayanya. Justeru itu, ia membuatkan kami lebih maju kehadapan dan terus ingin berjaya dalam perniagaan yang diceburi.Memandangkan MK ONE RESOURCES masih baru dalam industri perniagaan, MK ONE RESOURCES sedang gigih dan giat memgembangkan lagi perniagaan ini. Berbekalkan pengalaman dan keazaman yang sedia ada selama 12 tahun dalam perniagaan makanan, MK ONE RESOURCES yakin bahawa syarikat ini akan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik disamping dapat mengambil peluang dalam pasaran serta memberi sepenuh komitmen dalam usaha menjayakan projek-projek besar dari sektor swasta mahupun badan kerajaan khususnya.

Album Mk One Resources

Maklumat Mk One Resources

Nama Syarikat

Mk One Resources

Jenis Syarikat

-

Saiz Syarikat

0-50

Industri

-

No. SSM Syarikat

-

Peluang Pekerjaan

0

Ada soalan untuk syarikat ni? Tanya je terus!