
Mommyhana Creative Sdn Bhd
50-200 Employees · Retail / Merchandise
<10
Followers
Tentang Mommyhana Creative Sdn Bhd
Ditubuhkan pada Julai 2016, yang dahulunya dikenali sebagai MommyHana Venture telah berubah statusnya kepada MommyHana Creative Sdn Bhd (***3851-D) pada tahun 2018 yang mengekalkan motto "Dipercayai oleh ibu ibu". Diilhamkan dengan keinginan melihat kanak-kanak yang semakin meningkat umur untuk belajar dengan cara yang sihat sambil menikmati zaman kanak-kanak mereka sendiri. Kami ingin mereka belajar dengan alat pembelajaran yang lebih interaktif dan menarik untuk mengelakkan pengunaan gajet untuk masa akan datang dan ia juga boleh memberi manfaat kepada ibu-ibu untuk berkomunikasi dalam dua cara perhubungan dengan anak-anak mereka. Selain dari memperluaskan faedah kualiti produk kepada ibu dan anak di seluruh dunia, kami juga telah membangunkan latihan perniagaan yang bersepadu dalam dan luar talian untuk usahawan di bawah bimbingan syarikat kami. Sehingga hari ini, kami telah membantu lebih daripada 5000 usahawan yang merupakan pengedar di seluruh Malaysia dengan purata jualan sumbangan sebanyak RM500,000 sebulan. Kami percaya bahawa berkongsi rezeki dengan pengedar kami boleh menyebabkan impak positif yang luar biasa terhadap keseluruhan perniagaan.
Maklumat Mommyhana Creative Sdn Bhd
Nama Syarikat
Mommyhana Creative Sdn Bhd
Jenis Syarikat
Small-Medium Enterprize
Saiz Syarikat
50-200
Industri
Retail / Merchandise
No. SSM Syarikat
-
Peluang Pekerjaan
0
Ada soalan untuk syarikat ni? Tanya je terus!
Alamat Mommyhana Creative Sdn Bhd
No 2, 2F, Jalan Setia Perdana BE U13/BE, Bandar Setia Alam, Section U13, Shah Alam, Selangor, Malaysia