Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) banner company
jobs in Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK)

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK)

21-100 Employees · Government / Defence

<10 Followers

Tentang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK)

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) bermula dengan nama Perpustakaan Umum Carnegie yang ditubuhkan pada tahun 1938 hasil bantuan sebanyak 1,000.00 pound sterling dari Yayasan Carnegie di New York dan RM 2,500.00 dari Kerajaan Negeri. Bangunannya terletak di Jalan Doktor, Kota Bharu. Ahli jawatankuasa yang dipilih pada waktu itu terdiri daripada Mr. A.C. Baker (Penasihat British), Mr. Gordon Hal, Mr. C, Crae dan YM Tengku Mahyideen. Bantuan sebanyak RM 1,000.00 setahun diterima dari Kerajaan Negeri dari tahun 1939 - 1946. Walau bagaimanapun antara tahun 1947 - 1949, pihak perpustakaan hanya menerima sebanyak RM 500.00 dari Kerajaan Negeri sebagai bantuan tahunan.

Mulai tahun 1963, langkah-langkah pemulihan mula dijalankan peruntukan tahunan sebanyak RM2,500.00 untuk perbelanjaan pengurusan dan pembelian bahan-bahan bacaan perpustakaan. Manakala pada 1964, peruntukan telah bertambah kepada RM 5,000.00. Mulai 1hb Januari 1965, pentadbiran perpustakaan telah diambil alih oleh Jumaah Amanah Perpustakaan Umum Carnegie. Hasil usaha Ahli Jumaah, perpustakaan ini mula dibuka kepada umum pada 1hb. Julai 1967.

Maklumat Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK)

Nama Syarikat

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK)

Jenis Syarikat

Government

Saiz Syarikat

21-100

Industri

Government / Defence

No. SSM Syarikat

-

Peluang Pekerjaan

0

Ada soalan untuk syarikat ni? Tanya je terus!