PNH Malaysia Sdn Bhd banner company
jobs in PNH Malaysia Sdn Bhd

PNH Malaysia Sdn Bhd

PNH Malaysia Sdn Bhd is top company Verified

Company SSM No 202301036848 · 1-20 Employees · Advertising / Marketing

82 Followers

Cerita Pekerja PNH Malaysia Sdn Bhd

Ingin tahu bagaimana rasanya bekerja di sini? Mohon satu cerita yang dikongsi oleh pekerja sebenar!


Lin - Marketing

Kemaskini terakhir January 2026

Career Growth
Masa mula-mula saya join, team kami cuma ada 3 orang. Dalam masa setahun sahaja, team dah berkembang sampai dekat 20 orang! Ini bukti kukuh yang company ni tengah naik dengan sangat laju. Apa yang buat saya stay? Leadership dia. Bos kat sini sangat bertanggungjawab, sudi mengajar, dan sentiasa mendengar idea staf. Mereka bagi kami ruang untuk tunjuk bakat dan "lead" projek sendiri. Kalau anda cari tempat di mana kerjaya anda boleh berkembang pantas, inilah tempatnya.

Jason - Web Developer

Kemaskini terakhir January 2026

Company Culture Daily Work
Ofis 'Classy' dengan View KL yang Cantik! Selamat tinggal kepada ofis yang gelap dan sempit! Kami bertempat di Pinnacle PJ, lengkap dengan pemandangan bandar KL yang memukau. Ofis kami terang dengan pencahayaan semula jadi dan suasananya sangat selesa. Kalau rasa penat bekerja, tengok luar tingkap je dah rasa "healing". Paling best, kami sangat dekat dengan LRT Asia Jaya. Malas nak hadap jem setiap pagi? Naik LRT je, sangat mudah dan pantas! Persekitaran yang best, barulah idea kreatif boleh mengalir.
Employee Story PhotoEmployee Story Photo

Hei Tang (黑糖) - Head of Meowketing

Kemaskini terakhir January 2026

Company Culture Daily Work
Perkenalkan Head of Meowketing Kami! Dia seekor kucing yang sangat manja (gentle) dan merupakan "ubat penenang" rasmi ofis kami. Tapi, jangan main-main dengan kerja dia! KPI Harian Dia Termasuk: QC Kualiti Air: Walaupun kami dah sediakan cawan VIP khas untuk dia, dia tetap rasa air dalam cawan staf lagi manis. Hati-hati, dia memang suka curi minum air orang! Ujian Papan Kekunci: Hobi dia adalah melompat atas laptop masa tengah sibuk buat kerja untuk buat "stress test" (sambil mengacau kami buat kerja). Spotcheck Beg: Pantang nampak beg yang tak berzip, beg itu automatik akan jadi katil rasmi dia. Tiba-tiba je ada kucing dalam beg anda nanti! Berminat nak join team kami? Sediakan botol air anda (pastikan ada penutup!) dan bersedialah untuk bekerja dengan "bos" istimewa ini!
Employee Story PhotoEmployee Story Photo

Kisah Pekerja yang dipaparkan di platform kami adalah ungkapan dan pandangan penulis individu semata-mata dan tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai mewakili pandangan atau pendirian maukerja atau pekerjanya. maukerja tidak mengesahkan ketepatan atau keaslian kandungan dalam kisah ini, dan tidak menyokong atau bersetuju dengan kenyataan yang dibuat di dalamnya.

Tujuan penerbitan kisah ini adalah semata-mata untuk maklumat, bertujuan untuk membantu pencari kerja dalam usaha mereka mencari peluang pekerjaan.