

RZ Infinity Global
Company SSM No MA0277867-W · 1-20 Employees · Other industries
Tentang RZ Infinity Global
RZ Infinity Global adalah sebuah syarikat pemilik Minimao Cat Hotel Spa & Daycare yang mengkhusus dalam penjagaan dan perapian kucing. Ditubuhkan pada tahun 2022, syarikat ini telah berkembang menjadi pemain diiktiraf di dalam industri, dengan misi untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pemilik-pemilik kucing di Malaysia. Terletak di Sri Manjung, Perak, RZ Infinity Global bertujuan untuk membantu dan memudahkan pemilik-pemilik kucing dari segi penjagaan dan perapian kucing dengan servis dan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa. Visi syarikat adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan kucing dan pemiliknya melalui perkhidmatan yang berkualiti tinggi . Objektif kami untuk mendidik dan menjadikan industri penjagaan & perapian kucing sebagai satu industri yang berkembang dan diiktiraf di Malaysia.
Maklumat RZ Infinity Global
Budaya dan Faedah Pekerja
Faedah Kewangan
- Kenaikan Gaji
- Bonus Prestasi dan banyak lagi...
Cuti Berbayar
- Cuti Sakit
- Cuti Bersalin dan banyak lagi...
Faedah Tambahan
- Pembangunan Kerjaya Profesional (program latihan, bengkel, persidangan untuk meningkatkan kemahiran)
- Aktiviti Syarikat (pembinaan pasukan, perjalanan luar, perkumpulan sosial) dan banyak lagi...