

Tadika Afwah Cilik Genius
Company SSM No 202203177248 · 1-20 Employees · Education / Training
Tentang Tadika Afwah Cilik Genius
Afwah Cilik Genius merupakan sebuah pusat pendidikan awal kanak-kanak yang bertempat di Taman Bukit Mutiara, Johor Bahru — berhampiran dengan KPJ Dato Onn. Ditubuhkan pada tahun 2022, kami menyediakan program Tadika (4-6 tahun) dan Playschool (2-3 tahun) berasaskan pendekatan Montessori moden yang seimbang antara akademik dan perkembangan sahsiah kanak-kanak.
Kami menekankan pembelajaran bermain sambil belajar dan fokus kepada asas 3M (Membaca, Menulis & Mengira). Antara aktiviti unik yang dijalankan termasuk Si Chef Cilik dan Si Cilik Sains, yang memberi peluang kepada anak-anak untuk meneroka dunia memasak dan eksperimen sains secara menyeronokkan.
Dengan pasukan seramai 10 orang guru dan staf yang berdedikasi, Tadika Afwah Cilik Genius kini menjaga sekitar 70-80 orang pelajar dalam suasana yang selamat, ceria dan teratur. Kami beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 pagi hingga 6.30 petang.
Kami sentiasa mencari individu yang penyayang, sabar dan komited untuk menyertai pasukan kami sebagai:
- - Guru Tadika / Playschool
- - Guru Besar / Guru Senior
- - Pembantu Tadika (memasak & menjaga kebersihan)
- - Pengurus Operasi Tadika
Jika anda berminat untuk menyumbang kepada dunia pendidikan awal kanak-kanak dan ingin bekerja dalam persekitaran yang menyeronokkan, kami ingin bertemu anda!
Maklumat Tadika Afwah Cilik Genius
Budaya dan Faedah Pekerja
Faedah Kewangan
- Kenaikan Gaji
- Bonus Prestasi dan banyak lagi...
Cuti Berbayar
- Cuti Sakit dan banyak lagi...
Faedah Tambahan
- Pembangunan Kerjaya Profesional (program latihan, bengkel, persidangan untuk meningkatkan kemahiran)
- Aktiviti Syarikat (pembinaan pasukan, perjalanan luar, perkumpulan sosial) dan banyak lagi...