
Wasytech Solutions
1-50 Employees · IT / Hardware
Tentang Wasytech Solutions
Wasytech Solutions merupakan syarikat di sebalik jenama Otai Laptop Terengganu (OLT), yang bergerak dalam bidang jualan dan pembaikan laptop di Terengganu sejak 2018. Bermula dengan satu kedai di Gong Badak, kini kami mempunyai tiga cawangan — Gong Badak (Ibu Pejabat), Pasir Panjang, dan Kuala Berang.
Kami menyediakan jualan laptop baru dan terpakai, servis pembaikan hardware, upgrade, serta khidmat selepas jualan kepada pelanggan di seluruh negeri. Pasukan kami muda dan praktikal — kami percaya setiap pekerja perlu dilatih dengan betul, bukan sekadar dibiar belajar sendiri.
Jika anda minat teknologi, suka menyelesaikan masalah, dan mahu berkembang bersama syarikat tempatan yang masih meluas, kami ingin berkenalan dengan anda.