Mengurus penghantaran dan pengambilan kenderaan ke bengkel ketuk termasuk menyelaras jadual penghantaran, memastikan dokumen berkaitan lengkap, serta memantau status kenderaan sepanjang proses pembaikan sehingga diserahkan semula kepada pelanggan.
Membantu dalam pelaksanaan Kawalan Kualiti (QC) dan Jaminan Kualiti (QA) dengan membuat pemeriksaan awal dan akhir terhadap kenderaan, memastikan kerja pembaikan memenuhi piawaian syarikat serta spesifikasi yang ditetapkan sebelum kenderaan diserahkan kepada pelanggan.
Menyediakan sebut harga (quotation) bagi kenderaan yang diterima di cawangan dengan menilai tahap kerosakan, serta memastikan anggaran kos adalah tepat dan kompetitif sebelum dikemukakan kepada pelanggan atau pihak insurans.
...