- Jalan Harmoni 1 Ijok Selangor Malaysia 45609

Lokasi Kerja
Penerangan Kerja
Kelayakan
Fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia. Bahasa Inggeris satu kelebihan
Yakin, bertenaga dan jelas bercakap depan kamera
Ada pengangkutan sendiri, dan boleh bekerja di studio kami di Ijok
Boleh komited kepada roster sepenuh masa lebih kurang 6 jam live sehari
Sanggup bekerja mengikut skrip dan dalam rangka kerja pematuhan
Tiada syarat kelayakan akademik khusus — fresh graduate dialu-alukan
Live host berpengalaman digalakkan memohon; sertakan angka GMV 3 bulan terakhir
Tanggungjawab
Mengendalikan sesi jualan langsung mengikut roster — lebih kurang 6 jam live sehari, dengan rehat setiap 2 jam
Bersedia sepenuhnya 30 minit sebelum waktu mula, dan mula live tepat pada masanya
Memperkenalkan produk dengan tepat — ciri, manfaat, harga yang betul, dan promosi yang berkuat kuasa pada hari tersebut
Berinteraksi dengan penonton secara langsung: menjawab soalan, menangani keraguan, memastikan sesi sentiasa rancak
Memastikan setiap dakwaan produk kekal dalam senarai dakwaan yang diluluskan syarikat, dan mematuhi senarai perkataan terhad yang melindungi akaun
Melengkapkan log livestream harian pada penghujung setiap sesi — tontonan, penglibatan, pesanan, sebarang isu
Menghasilkan video pendek untuk mempromosikan sesi akan datang dan rangkaian produk
Bekerjasama dengan moderator yang bertugas, serta menghadiri taklimat, semakan dan latihan
Manfaat
Peringatan Penting
Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.