jobs in Desince Sdn. Bhd.

Kerja Internship For E-commerce & Marketplace Operations, Gaji tinggi MYR 700 di Desince Sdn. Bhd. Selangor - Maukerja

Internship For E-commerce & Marketplace Operations jobs

Internship For E-commerce & Marketplace Operations

MYR600 - MYR700 Sebulan
Graduan Baru
Jadilah pemohon terawal!
Posted 7 hours ago • Closing 8 Sep 2027
Jadilah pemohon terawal!
Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Jalan Kapar Kapar Selangor Malaysia 42200

Penerangan Kerja

Kelayakan

• Pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang E-Commerce, Pemasaran (Marketing), Pentadbiran Perniagaan (Business Admin), Pengurusan Operasi, Logistik, atau bidang berkaitan.

• Memerlukan penempatan Latihan Industri (Internship) rasmi daripada pihak kolej/universiti bagi tempoh minimum 2 bulan hingga 6 bulan.

• Mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi, minat mendalam dalam trend e-dagang moden, serta bersemangat untuk belajar perkara baharu.

• Mempunyai kemahiran asas komputer dan perisian Microsoft Excel (formula asas, susunan data ringkas).

• Bersikap bertanggungjawab, teliti, berfikiran positif, dan seronok bekerja dalam suasana pasukan yang saling menyokong.

• Mempunyai kenderaan sendiri dan boleh hadir secara fizikal di premis kami di Sungai Kapar Indah, Kapar.

Tanggungjawab

Apa Yang Anda Akan Belajar, Ketahui & Terokai Sepanjang Praktikal di Desince:

• Menguasai Operasi Gedung E-Dagang Sebenar: Belajar selok-belok menguruskan backend kedai atas talian berskala besar (TikTok Shop & Shopee) dari segi susun atur produk, strategi visual, dan penetapan promosi gedung.

• Menerokai Analisis Data Jualan E-Commerce: Memahami cara membaca dan menganalisis data jualan harian menggunakan Microsoft Excel, mengenali metrik penting perniagaan (GMV, trafik penonton, conversion rate), serta mengenal pasti produk terlaris (best-sellers).

• Mengetahui Di Sebalik Tabir Kempen Jualan Mega: Pelajari bagaimana kempen promosi berskala besar (seperti Payday Sale & Mega Sales) dirancang dari awal hingga hari pelancaran, termasuk operasi sokongan siaran langsung (TikTok Live).

• Mendalami Aliran Logistik & Pemenuhan Pesanan: Memahami rantaian bekalan e-commerce sebenar — menerokai bagaimana ribuan bungkusan diproses, disemak, dan dihantar kepada pelanggan di seluruh negara setiap hari.

• Mengasah Kemahiran Komunikasi Pelanggan Profesional: Belajar teknik interaksi digital dan cara menangani pertanyaan pelanggan secara mesra, pantas, dan profesional.

• Bimbingan Kerjaya Terus Dari Mentor: Menerima tunjuk ajar secara 'one-on-one' daripada pihak pengurusan dan ketua pasukan untuk membina kemahiran insaniah (soft skills) dan keyakinan diri sebelum melangkah ke alam kerjaya tetap.

FAEDAH & KELEBIHAN PELATIH INDUSTRI DI DESINCE:

• Elaun Bulanan Tetap: RM 600.00 – RM 700.00 sebulan.

• Sijil Penghargaan Rasmi & Surat Sokongan Pengarah: Pengiktirafan rasmi atas sumbangan dan pencapaian anda sepanjang latihan industri untuk nilai tambah resume.

• Peluang Serapan Kerjaya Tetap: Pelatih yang menunjukkan prestasi cemerlang berpeluang terus diserap sebagai Staf Tetap (Permanent Staff) selepas tamat pengajian.

• Bimbingan Praktikal Sebenar: Menimba pengalaman industri sebenar dalam syarikat e-commerce fesyen pemenang anugerah (bukan sekadar tugasan fotostat kertas).

• Kemudahan Pejabat: Tempat letak kenderaan percuma di perkarangan HQ, sesi makan tengah hari tajaan bulanan, dan diskaun staf 15% untuk produk pakaian Desince.

Manfaat

  • Staff discounts
  • Free parking
  • Training provided
  • Career advancement

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut