jobs in KEDAI BUKU BANGGOL

Kerja Sepenuh Masa, General Manager di KEDAI BUKU BANGGOL Kelantan - Maukerja

Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Kelantan Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

KRITERIA YANG DIPERLUKAN:

- Minimum Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Operasi atau bidang berkaitan.

- Minimum 3 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan.

- Mampu mengurus keseluruhan operasi HQ, gudang dan cawangan.

- Mahir merancang strategi perniagaan serta meningkatkan prestasi syarikat.

- Memahami pengurusan bajet, kawalan kos, keuntungan dan prestasi kewangan.

- Berkebolehan membuat keputusan berdasarkan data dan keperluan perniagaan.

- Mampu mengenal pasti masalah operasi serta melaksanakan tindakan penambahbaikan.

- Mempunyai kemahiran kepimpinan, komunikasi dan penyelesaian masalah yang baik.

- Mahir menggunakan Microsoft Excel, sistem pengurusan perniagaan dan sistem pelaporan

- Berintegriti, berdisiplin, tegas dan bertanggungjawab.

- Proaktif, berfikiran strategik dan berorientasikan pencapaian

SKOP TUGASAN:

1. Memastikan keseluruhan operasi HQ, gudang dan cawangan berjalan lancar serta cekap.

2. Memantau prestasi, produktiviti dan pencapaian KPI semua jabatan dan cawangan.

3. Memastikan sasaran jualan, keuntungan dan bajet syarikat tercapai.

4. Mengawal kos operasi serta memastikan penggunaan sumber syarikat secara optimum.

5. Memastikan semua jabatan dan cawangan mematuhi polisi, prosedur dan SOP syarikat.

6. Menyelaras kerjasama antara jabatan bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti operasi.

7. Menangani isu pengurusan, operasi dan prestasi pekerja bersama Ketua Jabatan (HOD).

8. Merancang dan melaksanakan strategi penambahbaikan serta pengembangan perniagaan.

9. Memantau pengurusan stok, pembelian, penyimpanan dan pengagihan barangan.

10. Menilai keberkesanan operasi serta mengenal pasti peluang untuk meningkatkan jualan dan keuntungan.

11. Memastikan sumber manusia, kewangan dan aset syarikat diurus dengan berkesan.

12. Menyediakan laporan prestasi keseluruhan syarikat serta mengemukakan cadangan strategik kepada Lembaga Pengarah (BOD).

Benefits:

  • Opportunities for promotion
  • Professional development

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut