- U12, Taman Desa Alam Shah Alam Selangor Malaysia 40170

Lokasi Kerja
Penerangan Kerja
Kelayakan
Calon mestilah memiliki sekurang-kurangnya kelayakan STPM, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
Fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa English (Pertuturan & Penulisan)
Bersikap positif, boleh kerja dalam berpasukan serta mempunyai kemahiran interpersonal yang baik.
Mempunyai kemahiran komunikasi bertulis dan lisan yang cemerlang.
Mampu menyesuaikan diri dengan perubahan, mencari penyelesaian alternatif serta menghadapi cabaran baharu dengan baik.
Mempunyai kemahiran dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menangani situasi atau keadaan yang tidak dijangka.
Mahir menggunakan Microsoft Office, khususnya Excel dan Word. Kemahiran menggunakan Adobe Illustrator (AI) adalah merupakan satu kelebihan.
Mempunyai pengetahuan tentang sistem SQL serta kemahiran asas dalam penyediaan dokumentasi jualan.
Tanggungjawab
Menerima, memproses dan mengurus tempahan pelanggan yang diterima dengan tepat dan teratur.
Menyelaraskan pesanan khas dengan pihak pembuat serta memantau status pesanan bagi memastikan setiap pesanan diproses mengikut tempoh yang ditetapkan.
Menyediakan rumusan pesanan yangg diterima serta laporan jualan secara mingguan dan bulanan.
Mengemas kini rekod pesanan, maklumat pelanggan dan data jualan dalam pangkalan data syarikat.
Membantu pelanggan dengan memberikan maklumat berkaitan produk serta cadangan yang bersesuaian mengikut keperluan mereka.
Memastikan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) syarikat serta melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penyelia atau pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Manfaat
SEKSYEN 7
1.5 km
Peringatan Penting
Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.