Ringkasan Jawatan
Bertanggungjawab menyelia keseluruhan operasi gudang meliputi penerimaan (Inbound), penyimpanan, pengeluaran (Outbound) dan penghantaran stok. Memastikan semua proses dijalankan dengan cekap, tepat serta mematuhi piawaian keselamatan makanan, prosedur operasi syarikat dan pengurusan inventori.
Tanggungjawab Utama
- Menyelia operasi harian penerimaan, penyimpanan dan penghantaran stok.
- Memastikan kuantiti, kualiti dan dokumen penerimaan serta penghantaran adalah tepat.
- Memastikan stok disimpan dan dikeluarkan mengikut sistem FIFO/FEFO.
- Mengemas kini semua transaksi stok dalam sistem ERP/WMS.
- Menyelaras proses picking, packing dan penghantaran bagi memastikan pesanan dihantar tepat pada masanya.
- Menyelia, membimbing dan memantau prestasi pasukan gudang.
- Bekerjasama dengan pasukan Pembelian, QC, Cold Room dan jabatan berkaitan bagi memastikan kelancaran operasi.
- Menyediakan laporan operasi gudang, inventori dan prestasi secara berkala.
- Memastikan kawasan gudang sentiasa bersih, tersusun dan mematuhi piawaian HACCP, HALAL, GMP serta keselamatan tempat kerja.
- Mengenal pasti isu operasi dan mencadangkan penambahbaikan proses bagi meningkatkan kecekapan gudang.
Kelayakan
- Minimum SPM atau Diploma dalam Logistik, Rantaian Bekalan atau bidang berkaitan.
- Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam operasi gudang, pengurusan inventori atau logistik.
- Berpengalaman menyelia pasukan gudang.
- Mempunyai pengetahuan mengenai sistem ERP/WMS, kawalan inventori dan operasi gudang.
- Pengetahuan mengenai HACCP, HALAL, GMP dan pengendalian produk makanan adalah satu kelebihan.
- Bersedia bekerja mengikut syif operasi sekiranya diperlukan.
Kemahiran
- Pengurusan Operasi Gudang
- Kawalan Inventori & Stok
- Penggunaan Sistem ERP/WMS
- Penyeliaan Pasukan
- Penyediaan Laporan & Dokumentasi
- Penyelesaian Masalah
- Komunikasi dan Kepimpinan
- Pengurusan Masa serta Keupayaan Bekerja di Bawah Tekanan
Pay: From RM2,000.00 per month
Work Location: In person