jobs in Brownfield Engineering Sdn. Bhd.

Kerja Kontrak Pemandu Peribadi, Gaji tinggi MYR 4,500 di Brownfield Engineering Sdn. Bhd. Selangor - Maukerja

Pemandu Peribadi jobs
MYR3,200 - MYR4,500 Sebulan
Jadilah pemohon terawal!
Posted 2 hours ago • Closing 28 Feb 2027
Jadilah pemohon terawal!
Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • 2A, Jalan Teknologi 3/5, Kota Damansara, Petaling Jaya Selangor Malaysia 47810

Penerangan Kerja

Kelayakan

  • Minimum 2 tahun pengalaman sebagai Pemandu Peribadi
  • Memiliki Lesen Memandu (D & B2) yang sah dengan rekod memandu yang baik dan pematuhan terhadap peraturan lalu lintas pada setiap masa.
  • Mahir dengan jalan-jalan di sekitar KL, Selangor & Semenanjung Malaysia.
  • Berpenampilan kemas dan sihat tubuh badan.
  • Mempunyai rekod pemanduan yang baik dan berpengalaman mengendalikan kereta mewah.
  • Mesti mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik dengan kesanggupan yang tinggi untuk bekerja dalam tempoh masa yang panjang.
  • Bersedia bekerja lebih masa (OT) pada hujung minggu dan cuti umum sekiranya diperlukan.
  • Mempunyai sikap yang baik, jujur, berdisplin, menepati waktu dan professional dalam bidang kerja.
  • Cekap mengunakan Waze / Google Maps.

Tanggungjawab

  • Membuat pemeriksaan ke atas semua kenderaan dan memastikan perkara-perkara:

- Mencuci dan lap kenderaan-kenderaan dan memastikan kenderaan sentiasa di dalam keadaan bersih setiap masa.

- Memastikan alat-alat cuci kenderaan seperti pump/water jet dalam keadaan baik, boleh digunakan dan disimpan dengan baik. Sebarang kerosakan hendaklah lapor kepada Majikan/wakil Majikan.

- Mengambil dan menyimpan semula kunci-kunci kenderaan di tempat yang disediakan.

- Menghantar/mengambik Majikan dan keluarga dari/ke mana destinasi yang diarahkan.

- Menghantar & mengambil anak Majikan dari sekolah dengan selamat.

- Mengambil, menghantar dan membeli barang/dokumen mengikut arahan dari Majikan/wakil Majikan.

- Memandu dengan cermat dan berhati-hati serta mengikut had-had laju yang ditetapkan.

- Memastikan penyelenggaraan kenderaan dibuat mengikut masa yang ditetapkan.

  • Parking kenderaan majikan di tempat yang selamat dan sesuai.
  • Sebarang kerosakan kenderaan hendaklah dilaporkan kepada Majikan/wakil Majikan.
  • Laporkan sebaran kejadian yang tidak diingini atau kematangan kepada Majikan/wakil Majikan.
  • Melaporkan segala pergerakan dan tugasan dalam "Whatsapp group" yang telah ditetapkan.
  • Kendeaan Majikan tidak dibenarkan sama sekali dibawa balik ke rumah atau digunakan untuk tujuan peribadi.
  • Berpakaian kemas dan bersih setiap masa semasa bertugas.
  • Menjaga dan menyimpan kerahsiaan Majikan.
  • Jujur, bertanggungjawab, fleksibal, komited dan boleh menerima arahan dengan baik.
  • Bekerja mengikut masa yang telah ditetapkan dan diarahkan oleh Majikan.
  • Sentiasa mematuhi dan mengikut arahan yang diberi olej Majikan/wakil Majikan.
  • Sentiasa bersedia untuk bekerja lebih masa termasuk ketika hujung minggu, cuti umum dan pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.
  • Mahr dengan tempat dan jalan di kawasan Lembah Klang dan Kuala Lumpur serta mahir menggunakan Waze atau Google Maps.
  • Menjalankan lain-lain tugasan mengikut arahan Majikan/wakil Majikan ada bila-bila masa yang diarahkan.

Manfaat

  • EPF/Socso
  •  
  • Insurans
  • Tuntutan perubatan

Bagaimana ke syarikat ini dengan pengangkutan awam?

Petaling Jaya

Pengangkutan Awam Berdekatan

LRT
  • TAMAN JAYA

    0.3 km

  • ASIA JAYA

    1.1 km

  • UNIVERSITI

    2.0 km

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut