jobs in Irkaz Holdings Sdn Bhd

Kerja Sepenuh Masa Warehouse Assistant, Gaji tinggi MYR 2,000 di Irkaz Holdings Pulau Pinang - Maukerja

Warehouse Assistant jobs
MYR1,700 - MYR2,000 Sebulan

George Town, Pulau Pinang

Jadilah pemohon terawal!
Posted 32 minutes ago • Closing 22 Apr 2027
Jadilah pemohon terawal!
Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • George Town George Town Pulau Pinang Malaysia 10450

Penerangan Kerja

Kelayakan

  1. Minimum kelulusan SPM atau kelayakan yang setaraf.

  2. Mempunyai pengalaman 1–2 tahun dalam pengurusan stor, inventori atau operasi gudang. Pengalaman dalam persekitaran hospital atau penjagaan kesihatan merupakan satu kelebihan.

  3. Mempunyai pengetahuan asas dalam kawalan stok, rekod inventori dan dokumentasi.

  4. Berkebolehan mengurus penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan pengagihan stok.

  5. Mempunyai kemahiran asas komputer dan biasa menggunakan sistem inventori.

  6. Seorang yang bertanggungjawab, teratur, teliti dan mampu bekerja secara berdikari.

  7. Bersedia bekerja dalam persekitaran hospital serta mematuhi keperluan kebersihan, keselamatan dan pemakaian PPE.

Tanggungjawab

1. Pengurusan Inventori

  • Mengurus stok bekalan dan peralatan di stor hospital.

  • Menerima barangan, memeriksa kuantiti dan kualiti serta merekodkan penerimaan dalam sistem inventori.

2. Penyimpanan & Penyusunan Stok

  • Memastikan semua barangan disusun dan disimpan di tempat yang ditetapkan.

  • Menjaga kebersihan dan kekemasan stor bagi memudahkan pengambilan stok.

3. Pengagihan Bekalan

  • Mengurus dan mengagihkan bekalan yang diperlukan oleh jabatan atau unit hospital.

  • Merekod setiap pengeluaran stok bagi memastikan rekod inventori sentiasa dikemas kini.

4. Kawalan Stok & Dokumentasi

  • Menjalankan pemeriksaan stok secara berkala dan memastikan ketepatan rekod inventori.

  • Merekod semua transaksi penerimaan dan pengeluaran stok.

  • Mengenal pasti perbezaan stok dan melaporkannya kepada pihak atasan.

5. Keselamatan & Penggunaan PPE

  • Mematuhi prosedur keselamatan dan kebersihan semasa mengendalikan barangan.

  • Memakai peralatan perlindungan diri (PPE) seperti apron plastik, pelitup muka, kasut keselamatan, sarung tangan dan penutup rambut.

  • Tidak dibenarkan memakai sebarang barang kemas semasa bertugas.

Manfaat

  • Elaun Diberikan
  • Hostel Disediakan
  • Cuti Tahunan
  • Latihan Diberikan

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut