jobs in Malaya Budi Capital Sdn Bhd

Kerja Sepenuh Masa Pembantu Gudang (E-Commerce - Packing), Gaji tinggi MYR 2,200 di Malaya Budi Capital Selangor - Maukerja

Pembantu Gudang (E-Commerce - Packing)

Malaya Budi Capital Sdn Bhd

Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Selangor Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

Lokasi: Klang, Selangor

Kami sedang mencari calon yang rajin, bertanggungjawab dan komited untuk menyertai pasukan kami sebagai Pembantu Gudang.

Waktu Bekerja

  • Isnin – Jumaat: 8.00 pagi – 5.30 petang
  • Waktu Rehat: 1.00 petang – 2.00 petang
  • Sabtu: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari

Skop Tugas dan Tanggungjawab

  • Mengambil, menyemak dan membungkus pesanan pelanggan daripada TikTok Shop, Shopee, Lazada dan laman web syarikat.
  • Memastikan produk dan kuantiti adalah betul sebelum proses pembungkusan.
  • Mencetak dan menampal label penghantaran (AWB) pada parcel.
  • Memastikan parcel dibungkus dengan kemas dan sedia untuk kutipan pihak kurier.
  • Melakukan pemeriksaan dan pengiraan stok setiap hari Jumaat.
  • Memeriksa stok masuk berdasarkan dokumen penghantaran atau invois.
  • Menyusun dan menyimpan produk mengikut kategori serta lokasi yang ditetapkan.
  • Memantau baki stok dan melaporkan stok yang hampir habis, rosak atau tidak mencukupi.
  • Menguruskan barang yang dipulangkan oleh pelanggan.
  • Membantu kerja memunggah dan memuatkan barang.
  • Memastikan kawasan gudang sentiasa bersih, kemas dan teratur.
  • Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh penyelia dari semasa ke semasa.

Kelayakan dan Kriteria Calon

  • Minimum SPM atau kelayakan setaraf.
  • Pengalaman dalam bidang gudang atau pembungkusan adalah satu kelebihan.
  • Mampu melakukan kerja fizikal.
  • Rajin, amanah, bertanggungjawab dan menepati masa.
  • Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan.
  • Mempunyai sikap positif serta boleh menerima arahan.

Calon yang berminat boleh menghantar resume untuk pertimbangan pihak syarikat.

Pay: RM2,000.00 - RM2,200.00 per month

Benefits:

  • Free parking
  • Maternity leave

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut