- Jalan Sultan Abdul Jalil Ipoh Perak Malaysia 30450

Lokasi Kerja
Penerangan Kerja
Kelayakan
Memiliki Diploma atau Ijazah dalam Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Perniagaan atau bidang berkaitan.
Mempunyai sekurang-kurangnya 1–2 tahun pengalaman bekerja dalam bidang Sumber Manusia atau bidang berkaitan.
Mempunyai pengetahuan mengenai Undang-Undang Buruh Malaysia, Akta Kerja 1955 dan amalan pengurusan sumber manusia.
Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Mahir menggunakan Microsoft Office, khususnya Microsoft Excel dan Word.
Mempunyai kemahiran organisasi, penyelesaian masalah dan pengurusan masa yang baik.
Berkebolehan mengendalikan maklumat sulit dengan penuh integriti dan profesionalisme.
Mampu bekerja secara berdikari, mengendalikan pelbagai tugasan dan mematuhi tempoh masa yang ditetapkan.
Pengalaman dalam pengurusan gaji, pengambilan pekerja dan pengendalian kes disiplin kakitangan merupakan satu kelebihan.
Tanggungjawab
1. Pengurusan Rekod Kakitangan – Mengurus, menyemak dan mengemaskini fail serta rekod peribadi kakitangan bagi memastikan ketepatan, keselamatan dan kerahsiaan maklumat.
2. Pengambilan Kakitangan – Mengurus proses pengambilan pekerja termasuk penyediaan iklan jawatan, saringan resume, penyelarasan temuduga dan penyediaan surat tawaran pekerjaan.
3. Latihan dan Pembangunan – Merancang serta menyelaras program latihan dan induksi kakitangan, mengemaskini carta organisasi serta menyediakan laporan berkaitan prestasi dan disiplin kakitangan.
4. Pengurusan Disiplin dan Perundangan – Mengurus hal ehwal disiplin kakitangan, menyediakan surat berkaitan tindakan tatatertib serta memastikan pematuhan terhadap polisi Syarikat dan Akta Kerja 1955.
5. Pengurusan Penggajian dan Faedah – Menyediakan dan menyemak laporan gaji bulanan, slip gaji, Borang EA serta dokumen berkaitan pembayaran dan potongan gaji.
6. Pengurusan Pakaian Seragam – Memantau pematuhan pemakaian seragam kakitangan serta mengurus rekod dan kawalan stok pakaian seragam.
7. Tugas-Tugas Lain – Melaksanakan tugasan tambahan yang diarahkan oleh pihak Pengurusan dari semasa ke semasa mengikut keperluan operasi Syarikat.
Manfaat
Peringatan Penting
Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.