jobs in Komatra Sajian Sdn Bhd

Kerja Sepenuh Masa Eksekutif Sumber Manusia, Gaji tinggi MYR 2,500 di Komatra Sajian Perak - Maukerja

Eksekutif Sumber Manusia jobs
MYR2,200 - MYR2,500 Sebulan
Respons Segera
Jadilah pemohon terawal!
Posted 16 hours ago • Closing 26 Nov 2026
Jadilah pemohon terawal!
Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Jalan Sultan Abdul Jalil Ipoh Perak Malaysia 30450

Penerangan Kerja

Kelayakan

  • Memiliki Diploma atau Ijazah dalam Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Perniagaan atau bidang berkaitan.

  • Mempunyai sekurang-kurangnya 1–2 tahun pengalaman bekerja dalam bidang Sumber Manusia atau bidang berkaitan.

  • Mempunyai pengetahuan mengenai Undang-Undang Buruh Malaysia, Akta Kerja 1955 dan amalan pengurusan sumber manusia.

  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

  • Mahir menggunakan Microsoft Office, khususnya Microsoft Excel dan Word.

  • Mempunyai kemahiran organisasi, penyelesaian masalah dan pengurusan masa yang baik.

  • Berkebolehan mengendalikan maklumat sulit dengan penuh integriti dan profesionalisme.

  • Mampu bekerja secara berdikari, mengendalikan pelbagai tugasan dan mematuhi tempoh masa yang ditetapkan.

  • Pengalaman dalam pengurusan gaji, pengambilan pekerja dan pengendalian kes disiplin kakitangan merupakan satu kelebihan.

Tanggungjawab

1. Pengurusan Rekod Kakitangan – Mengurus, menyemak dan mengemaskini fail serta rekod peribadi kakitangan bagi memastikan ketepatan, keselamatan dan kerahsiaan maklumat.

2. Pengambilan Kakitangan – Mengurus proses pengambilan pekerja termasuk penyediaan iklan jawatan, saringan resume, penyelarasan temuduga dan penyediaan surat tawaran pekerjaan.

3. Latihan dan Pembangunan – Merancang serta menyelaras program latihan dan induksi kakitangan, mengemaskini carta organisasi serta menyediakan laporan berkaitan prestasi dan disiplin kakitangan.

4. Pengurusan Disiplin dan Perundangan – Mengurus hal ehwal disiplin kakitangan, menyediakan surat berkaitan tindakan tatatertib serta memastikan pematuhan terhadap polisi Syarikat dan Akta Kerja 1955.

5. Pengurusan Penggajian dan Faedah – Menyediakan dan menyemak laporan gaji bulanan, slip gaji, Borang EA serta dokumen berkaitan pembayaran dan potongan gaji.

6. Pengurusan Pakaian Seragam – Memantau pematuhan pemakaian seragam kakitangan serta mengurus rekod dan kawalan stok pakaian seragam.

7. Tugas-Tugas Lain – Melaksanakan tugasan tambahan yang diarahkan oleh pihak Pengurusan dari semasa ke semasa mengikut keperluan operasi Syarikat.

Manfaat

  • Training & Professional Development
  • Medical Benefits

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut