DEZAYN DESIGN sedang mencari General Worker (Wood Production & Playground) untuk membantu kerja pengeluaran produk hiasan dinding, produk kayu dan wooden playground di Tampin.
Tanggungjawab:
- Membantu proses pemotongan, sanding, drilling, pemasangan, kemasan dan pembungkusan produk.
- Membantu menghasilkan serta memasang wooden playground mengikut ukuran, lukisan dan arahan penyelia.
- Mengendalikan bahan kayu, MDF, perkakasan dan komponen produk dengan selamat.
- Menggunakan hand tools, power tools dan mesin asas selepas diberikan latihan.
- Membantu kerja mengecat, coating, touch-up dan pemeriksaan kualiti produk siap.
- Membantu proses loading, unloading, penyusunan bahan dan penghantaran.
- Membantu pemasangan di kilang atau tapak pelanggan apabila diperlukan.
- Menjaga kebersihan kawasan kerja serta mematuhi SOP keselamatan dan pemakaian PPE.
- Menjalankan tugasan production lain yang diarahkan oleh penyelia.
Kelayakan:
- Sihat tubuh badan dan mampu melakukan kerja fizikal serta mengangkat bahan dengan selamat.
- Rajin, berdisiplin, menepati masa dan boleh bekerja dalam pasukan.
- Pengalaman dalam woodworking, carpentry, production, assembly atau construction adalah satu kelebihan.
- Tiada pengalaman juga boleh memohon; latihan akan diberikan.
- Boleh menggunakan peralatan tangan dan power tools merupakan satu kelebihan.
- Mempunyai pengangkutan sendiri dan boleh berulang-alik ke Tampin.
- Bersedia bekerja lebih masa atau di tapak projek apabila diperlukan.
Job Type: Full-time, Permanent
Gaji asas: RM1,900 – RM2,200 sebulan, bergantung pada pengalaman dan kemahiran.
Faedah:
- KWSP, PERKESO dan EIS.
- Bayaran kerja lebih masa mengikut kelayakan.
- Latihan dan pembangunan kemahiran.
- Peluang kenaikan pangkat.
- Attendance bonus, performance bonus dan yearly bonus tertakluk kepada prestasi serta polisi syarikat.
Jadual kerja:
Lokasi:
Pay: RM1,900.00 - RM2,200.00 per month
Benefits:
- Opportunities for promotion
- Professional development
Work Location: In person