jobs in As Salam Dialisis Sdn Bhd

Kerja Sepenuh Masa Sales Assistant, Gaji tinggi MYR 2,500 di As Salam Dialisis Kelantan - Maukerja

Lokasi Kerja

  • Kota Bharu Kelantan Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

1. Pembangunan perniagaan & rujukan pesakit

  • Mencari dan menarik pesakit baharu yang memerlukan rawatan hemodialisis ke pusat dialisis syarikat.
  • Membina dan mengekalkan hubungan baik dengan sumber rujukan seperti hospital kerajaan dan swasta, pakar nefrologi, klinik panel, klinik kesihatan dan doktor am.
  • Membuat lawatan berkala ke hospital, klinik dan pihak berkaitan bagi memperkenalkan perkhidmatan pusat dialisis.

2. Pemasaran & aktiviti komuniti

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti promosi seperti saringan kesihatan, ceramah kesedaran penyakit buah pinggang dan program komuniti (masjid, surau, pejabat, taman perumahan).
  • Mengedarkan bahan promosi dan membantu menguruskan kehadiran syarikat di media sosial dan acara berkaitan.

3. Pengurusan pesakit prospek

  • Menguruskan pertanyaan pesakit dan waris, membuat susulan (follow-up) sehingga pesakit mendaftar.
  • Mengatur lawatan pesakit dan keluarga ke pusat dialisis.
  • Menyelaras dengan pengurus pusat dan jururawat berkaitan slot rawatan yang tersedia.

4. Sasaran & pelaporan

  • Mencapai sasaran jualan/pendaftaran pesakit bulanan dan suku tahunan yang ditetapkan.
  • Merekod data prospek, rujukan dan aktiviti lawatan dengan teratur.
  • Menyediakan laporan jualan mingguan/bulanan kepada pihak pengurusan.
  • Memantau aktiviti pesaing dan memberi cadangan penambahbaikan strategi.

5. Tugas lain

  • Memastikan semua komunikasi dengan pesakit mematuhi etika perubatan dan menjaga kerahsiaan maklumat pesakit.
  • Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.

Pay: RM1,700.00 - RM2,500.00 per month

Benefits:

  • Flexible schedule
  • Health insurance
  • Opportunities for promotion
  • Professional development

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut