jobs in Thien Hong Machinery (M) Sdn Bhd

Kerja Sepenuh Masa MEKANIK JENTERA BERAT, Gaji tinggi MYR 10,000 di Thien Hong Machinery (M) Selangor - Maukerja

MEKANIK JENTERA BERAT jobs
MYR5,000 - MYR10,000 Sebulan
Jadilah pemohon terawal!
Posted a day ago • Closing 11 Oct 2026
Jadilah pemohon terawal!
Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Jalan Wawasan 1 Kapar Selangor Malaysia 42200

Penerangan Kerja

Kelayakan

Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman* dalam bidang pembaikan, servis dan penyelenggaraan jentera berat.

* Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam:

* Sistem mekanikal

* Sistem hidraulik

* Servis jentera

* Pembaikan dan penyelenggaraan jentera

* Mengesan punca kerosakan

* Menyelesaikan masalah teknikal dan breakdown

* Pengalaman membaiki dan menyelenggara skylift, boom lift, crawler crane, mobile crane atau jentera berat lain adalah satu kelebihan.

* Boleh mengenal pasti punca kerosakan dan menjalankan pembaikan dengan pengawasan yang minimum.

* Boleh bekerja secara berdikari dan dalam pasukan.

* Matang, bertanggungjawab, rajin dan mempunyai inisiatif yang tinggi.

* Mempunyai disiplin kerja yang baik dan menepati masa.

* Bersedia bekerja di bengkel dan di lokasi kerja pelanggan apabila diperlukan.

* Boleh bertutur dan memahami Bahasa Melayu dengan baik.

* Mempunyai lesen memandu yang sah adalah satu kelebihan.

Tanggungjawab

* Menjalankan pemeriksaan, servis, pembaikan dan penyelenggaraan jentera berat syarikat.

* Mengesan punca kerosakan dan menyelesaikan masalah berkaitan sistem mekanikal dan hidraulik.

* Membaiki skylift, boom lift, crawler crane, mobile crane dan jentera berat lain.

* Menjalankan kerja pembaikan di bengkel syarikat atau di lokasi kerja pelanggan.

* Menjalankan penyelenggaraan berkala bagi memastikan jentera berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

* Mengendalikan kerosakan kecemasan atau breakdown apabila diperlukan.

* Menguji jentera selepas pembaikan bagi memastikan masalah telah diselesaikan dengan baik.

* Memastikan semua kerja pembaikan dan penyelenggaraan dilakukan dengan betul serta mengikut prosedur keselamatan.

* Memeriksa keadaan alat ganti dan memaklumkan kepada pihak pengurusan sekiranya penggantian diperlukan.

* Menjaga peralatan kerja dan memastikan kawasan bengkel berada dalam keadaan bersih dan teratur.

* Bekerjasama dengan mekanik, pemandu, pekerja tapak dan kakitangan operasi.

* Melaporkan perkembangan kerja, masalah teknikal dan keadaan jentera kepada pihak pengurusan.

* Menjalankan tugas ad hoc dan tugas lain yang berkaitan seperti yang diarahkan oleh pihak pengurusan.

Manfaat

  • Annual Leave
  • EPF
  • SOCSO
  • EIS
  • Annual Bonus

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut