- Taman Anggerik Perdana Semenyih Selangor Malaysia 43500

Lokasi Kerja
Penerangan Kerja
Kelayakan
Minimum kelayakan SPM atau setaraf.
Pengalaman dalam jualan runcit atau jualan barang kemas merupakan satu kelebihan.
Mempunyai kemahiran komunikasi dan layanan pelanggan yang baik.
Jujur, bertanggungjawab, berdisiplin dan teliti.
Mampu membuat pengiraan asas serta mengendalikan wang tunai dan stok dengan tepat.
Bersedia mempelajari produk barang kemas, prosedur jualan dan SOP syarikat.
Bersedia bekerja mengikut syif, pada hujung minggu dan cuti umum berdasarkan jadual outlet.
Mampu bekerja secara berdikari dan dalam pasukan.
Tanggungjawab
Mengurus operasi harian kedai, termasuk prosedur pembukaan dan penutupan kedai, susunan barang kemas, pengiraan stok dan kebersihan kedai.
Melayan pelanggan, mengurus transaksi jualan, mengeluarkan invois serta memproses urusan tukar beli dan belian balik emas lama mengikut SOP syarikat.
Menyediakan dan menyelenggara laporan operasi, termasuk laporan stok, emas lama, pergerakan tunai serta laporan pembukaan dan penutupan kedai.
Menerima dan memeriksa stok, mengesahkan Delivery Order (DO), menjalankan audit stok dan menyusun barang kemas mengikut kategori.
Mengurus rekod emas lama, pembungkusan, penyerahan dan pengeposan mengikut SOP serta tempoh yang ditetapkan.
Melaksanakan urusan perbankan setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat sebelum jam 4:00 petang.
Menyokong jualan dalam talian melalui penghasilan kandungan TikTok, sesi siaran langsung dan menjawab pertanyaan pelanggan melalui telefon syarikat.
Membantu urusan HQ, membuka invois tempahan, mengurus pengeposan serta membeli alat tulis dan barangan pembersihan apabila diperlukan.
Melaporkan ketidakpadanan stok, masalah kualiti produk dan kerosakan atau masalah penyelenggaraan kedai kepada Penyelia atau jabatan berkaitan.
Memastikan dokumentasi disimpan dengan teratur serta semua barang kemas, dulang dan barang berharga disimpan dengan selamat di dalam peti besi.
Melaksanakan tugas operasi lain yang diarahkan serta mematuhi polisi dan SOP syarikat.
Manfaat
Peringatan Penting
Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.