- Jenjarom Selangor Malaysia
Lokasi Kerja
Penerangan Kerja
Tanggungjawab
*JAWATAN KOSONG: PEMANDU PERIBADI*
Lokasi: Jenjarom
Gaji Pokok: Sekitar RM2,500 hingga RM3,000 sebulan
Jumlah Pendapatan: Boleh melebihi RM4,000 termasuk OT
*Tanggungjawab*
1. Menghantar dan menjemput majikan serta ahli keluarga dengan selamat dan tepat pada masanya.
2. Merancang laluan perjalanan dan menyesuaikan jadual mengikut keperluan majikan.
3. Memastikan kenderaan sentiasa bersih, selamat dan diselenggara dengan baik.
4. Menjaga kerahsiaan majikan serta menunjukkan sikap profesional dan berdisiplin.
*Syarat Kelayakan*
1. Warganegara Malaysia, berumur 30–50 tahun.
2. Lesen memandu Kelas D dan B2 yang sah dan rekod pemanduan yang baik.
3. Minimum 1 tahun pengalaman sebagai pemandu peribadi atau pemandu syarikat.
4. Good in using Waze dan Google Maps
5. Jujur, menepati masa, berdisiplin dan boleh menjaga kerahsiaan.
6. *Calon yang tidak merokok adalah diutamakan.*
7. Fleksibel untuk bekerja lebih masa, hujung minggu dan cuti umum apabila diperlukan.
8. Menghormati keperluan solat Jumaat *sekiranya terdapat lawatan VIP atau janji temu penting yang tidak dapat dielakkan* .
*Waktu Bekerja Standard*
Isnin–Jumaat: *7:30 pagi – 4:30 petang*
Waktu kerja mungkin berubah mengikut keperluan majikan.
*Gaji dan Faedah*
Gaji pokok sekitar RM2,500 hingga Ram3,000 sebulan. Melebihi RM4,000 termasuk Elaun OT mengikut kadar yang berkenaan.
KWSP, PERKESO, SIP, cuti tahunan dan cuti sakit mengikut kelayakan.
*Cara Memohon*
*Hantar resume dan IC* atau ringkasan pengalaman kerja serta salinan lesen memandu melalui WhatsApp: +60 ************* 4235
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
Pay: RM2,500.00 - RM3,000.00 per month
Work Location: In person
Peringatan Penting
Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.