JOB DESCRIPTIONJAWATAN: TUKANG MASAK (COOK)
Nama Syarikat: Kafe BR2
Jawatan: Tukang Masak
Waktu Bekerja: 7:30 pagi - 8.30 mlm
Melapor Kepada: Supervisor Kafe / Pengurus Operasi
Status: Sepenuh Masa
1. TUJUAN JAWATAN
Bertanggungjawab menyediakan dan memasak makanan mengikut menu, resipi, sukatan dan standard kualiti yang telah ditetapkan oleh pihak kafe serta memastikan kebersihan, keselamatan makanan dan kelancaran operasi dapur sentiasa terjaga.
2. TANGGUNGJAWAB UTAMA
A. Penyediaan & Memasak Makanan
- Menyediakan bahan mentah sebelum operasi dapur bermula.
- Memasak makanan mengikut menu, resipi dan sukatan yang ditetapkan.
- Memastikan rasa, tekstur, portion dan presentation makanan adalah konsisten.
- Memastikan makanan disediakan mengikut tempahan pelanggan dengan cepat dan tepat.
- Memastikan makanan yang disediakan sentiasa segar dan berkualiti.
- Membantu menyediakan makanan untuk menu harian seperti nasi, lauk-pauk, mi, pasta, makanan sarapan dan menu lain yang ditetapkan.
B. Pengurusan Bahan Mentah
- Memeriksa kuantiti dan keadaan bahan mentah yang diterima.
- Memastikan bahan mentah disimpan dengan kaedah yang betul mengikut jenis makanan.
- Mengamalkan sistem FIFO (First In, First Out) bagi penggunaan bahan mentah.
- Memaklumkan kepada Supervisor sekiranya stok bahan mentah hampir habis, rosak atau tidak mencukupi.
- Mengelakkan pembaziran bahan mentah dan mengawal penggunaan bahan mengikut portion yang ditetapkan.
C. Kebersihan & Keselamatan Dapur
- Memastikan ruang dapur, peralatan memasak dan kawasan penyediaan makanan sentiasa bersih.
- Membersihkan peralatan dan kawasan kerja selepas digunakan.
- Mematuhi prosedur kebersihan dan keselamatan makanan yang ditetapkan.
- Memastikan makanan mentah dan makanan yang telah dimasak dikendalikan secara berasingan bagi mengelakkan pencemaran silang.
- Memastikan bahan makanan disimpan pada suhu dan tempat yang sesuai.
- Menggunakan pakaian kerja dan peralatan perlindungan yang sesuai semasa bekerja.
D. Pengurusan Peralatan
- Menggunakan peralatan dapur dengan betul dan selamat.
- Memastikan peralatan memasak sentiasa dalam keadaan bersih dan baik.
- Melaporkan segera sebarang kerosakan peralatan kepada Supervisor.
- Memastikan gas, dapur, fryer dan peralatan elektrik dimatikan selepas operasi mengikut prosedur keselamatan.
E. Kerjasama Operasi
- Bekerjasama dengan Kitchen Crew, Barista dan Supervisor bagi memastikan operasi kafe berjalan lancar.
- Membantu Kitchen Crew dalam kerja-kerja penyediaan makanan apabila diperlukan.
- Membantu dalam kerja-kerja persediaan sebelum operasi dan pembersihan selepas operasi.
- Mematuhi arahan kerja yang diberikan oleh Supervisor / Pengurus Operasi.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan operasi dapur dari semasa ke semasa.
3. KELAYAKAN & KEMAHIRAN
- Sanggup belajar menu baru dan mempunyai pengalaman sebagai tukang masak adalah satu kelebihan. Fresh graduate amat dialu-alukan
- Mempunyai pengetahuan asas mengenai penyediaan dan pengendalian makanan.
- Mampu bekerja dalam persekitaran dapur yang sibuk.
- Mampu bekerja secara berpasukan.
- Mempunyai disiplin, sikap bertanggungjawab dan menepati masa.
- Menjaga kebersihan diri dan tempat kerja.
- Bersedia bekerja mengikut jadual syif, hujung minggu dan cuti umum jika diperlukan.
4. KEMAHIRAN YANG DIUTAMAKAN
- Kemahiran memasak dan penyediaan makanan.
- Pengurusan masa yang baik.
- Pengawalan portion dan penggunaan bahan mentah.
- Kemahiran menjaga kebersihan dapur.
- Mampu bekerja dengan pantas dan teratur.
- Mampu mengikut resipi dan arahan dengan tepat.
5. PETUNJUK PRESTASI (KPI)
- Kualiti dan konsistensi makanan.
- Ketepatan portion makanan.
- Masa penyediaan makanan.
- Kawalan pembaziran bahan mentah.
- Kebersihan dan kekemasan dapur.
- Pematuhan kepada SOP keselamatan makanan.
- Kehadiran dan ketepatan masa.
- Kerjasama dengan pasukan operasi kafe.
Pay: RM2,000.00 - RM2,500.00 per month
Work Location: In person