Lokasi: Klang, Selangor
Job Responsibilities
- Menguruskan penghantaran dan pengambilan dokumen rasmi syarikat ke bank, pejabat kerajaan, JPJ, PUSPAKOM, insurans, supplier dan pihak berkaitan.
- Menguruskan urusan dokumentasi kenderaan, borang, surat rasmi, invois dan dokumen syarikat yang lain.
- Membantu urusan berkaitan pendaftaran kenderaan, road tax, insurans dan dokumen kenderaan mengikut keperluan syarikat.
- Membuat urusan bank dan pembayaran syarikat mengikut arahan serta prosedur yang ditetapkan.
- Memastikan semua dokumen, resit dan bukti urusan diserahkan semula kepada pihak syarikat dengan lengkap.
- Memastikan dokumen penting dihantar kepada pihak yang betul dalam tempoh yang ditetapkan.
- Memberikan update kepada pihak atasan mengenai status setiap urusan dan memaklumkan segera jika terdapat masalah atau kelewatan.
- Membantu tugasan luar pejabat dan urusan operasi syarikat apabila diperlukan.
- Menjaga kerahsiaan dokumen, maklumat syarikat dan urusan pelanggan.
Requirements
- WAJIB mempunyai lesen memandu (B2 & D) yang sah dan kenderaan sendiri.
- Mahir menggunakan Google Maps/Waze dan mengetahui laluan sekitar Klang, Shah Alam dan kawasan berdekatan.
- Seorang yang amanah, jujur, berdisiplin dan bertanggungjawab.
- Boleh mengikut arahan dengan baik serta memastikan tugasan diselesaikan sehingga selesai.
- Teliti dalam mengendalikan dokumen penting dan wang syarikat.
- Mempunyai komunikasi yang baik dan sopan ketika berurusan dengan pihak luar.
- Boleh bekerja secara berdikari, mengurus masa dengan baik dan bertindak pantas apabila terdapat urusan segera.
- Mempunyai pengalaman sebagai runner syarikat atau menguruskan dokumen kenderaan merupakan satu kelebihan.
Personal Qualities
Kami mencari calon yang boleh dipercayai, mempunyai sikap kerja yang baik, menjaga adab ketika berurusan, tidak cuai, tidak perlu sentiasa diingatkan dan sentiasa memberikan maklum balas mengenai tugasan yang diberikan.
Pay: RM1,700.00 - RM2,500.00 per month
Application Question(s):
- Adakah anda mempunyai lesen memandu yang sah dan masih aktif?
- Adakah anda mempunyai kenderaan sendiri untuk menjalankan tugasan kerja?
- Jika diberi dokumen penting untuk dihantar ke pejabat kerajaan, tetapi urusan tidak dapat diselesaikan pada hari tersebut, apakah tindakan anda?
- Jika anda menerima arahan yang kurang jelas, apakah yang akan anda lakukan?
- Jika anda tersilap atau kehilangan dokumen syarikat, apakah tindakan anda?
Work Location: In person