Syarikat: Ayam Penyet 3 Abdul Sdn Bhd
Lokasi: Indahpura, Kulai
Gaji: RM2,300 - RM2,700
Tanggungjawab:
1. Training & Development
- Merancang, menyelaras dan menjalankan program latihan untuk staf baharu dan sedia ada di semua cawangan.
- Mengendalikan sesi latihan berkaitan operasi restoran, penyediaan makanan, perkhidmatan pelanggan dan SOP syarikat.
- Menyediakan serta mengemas kini modul latihan, bahan pembelajaran dan panduan kerja.
- Memastikan staf memahami dan dapat melaksanakan tugas mengikut standard operasi yang ditetapkan.
2. Training Monitoring & Evaluation
- Memantau perkembangan dan prestasi staf dari semasa ke semasa.
- Menjalankan penilaian kompetensi bagi memastikan staf mencapai tahap kemahiran yang diperlukan.
- Mengenal pasti jurang kemahiran dan keperluan latihan tambahan bagi staf operasi.
- Menyediakan laporan kehadiran, pencapaian dan keberkesanan latihan.
3. Operational Training Support
- Menjalankan lawatan ke cawangan bagi memantau pematuhan SOP dan standard kerja.
- Memberikan bimbingan serta latihan secara langsung kepada staf di tempat kerja.
- Membantu pihak operasi dalam meningkatkan kemahiran, produktiviti dan kualiti kerja staf.
- Memastikan pelaksanakan standard latihan yang seragam.
Kelayakan / Requirements
- Diploma atau Ijazah dalam bidang Pengurusan, Pendidikan, Sumber Manusia, Food Service Management atau bidang berkaitan.
- Pengalaman dalam bidang latihan, pembangunan staf atau industri F&B merupakan satu kelebihan.
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan penyampaian latihan yang baik.
- Berkeyakinan untuk mengendalikan latihan secara berkumpulan dan individu.
- Mampu menyediakan modul latihan, laporan dan dokumentasi.
- Mahir menggunakan aplikasi asas Microsoft Office & Google bagi tujuan dokumentasi dan penyediaan laporan.
Pay: RM2,300.00 - RM2,700.00 per month
Benefits:
- Additional leave
- Meal provided
- Opportunities for promotion
Work Location: In person