jobs in Tasek Mutiara Petrol Station

Kerja Sepenuh Masa PEMBANTU OPERASI STESEN (fourecourt), Gaji tinggi MYR 2,200 di Tasek Mutiara Petrol Station Perak - Maukerja

PEMBANTU OPERASI STESEN (fourecourt)

Tasek Mutiara Petrol Station

Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Ipoh Perak Malaysia

Penerangan Kerja

Kelayakan

Kelayakan

  • Minimum SPM atau setaraf.
  • Pengalaman bekerja di stesen minyak, retail atau khidmat pelanggan adalah satu kelebihan.
  • Pengetahuan atau pengalaman berkaitan HSE juga merupakan satu kelebihan.
  • Bertanggungjawab, boleh bekerja dalam pasukan dan fleksibel mengikut keperluan operasi.
  • Bersedia bekerja mengikut syif, hujung minggu dan cuti umum.
  • Selesa bekerja di kawasan luar dan forecourt.
  • Latihan akan diberikan kepada calon yang sesuai.

Tanggungjawab

Kami mencari individu yang bertanggungjawab, proaktif dan selesa bekerja dalam persekitaran stesen minyak.

Sebagai Pembantu Operasi Fourecourt Stesen, anda akan membantu memastikan operasi forecourt dan kedai berjalan dengan selamat, teratur dan lancar, di samping memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan.

Tanggungjawab Utama

  • Membantu operasi harian di kawasan forecourt termasuk membantu pelanggan mengisi minyak dan urusan berkaitan kawasan pam.
  • Memastikan kawasan pam, kedai dan sekitar stesen sentiasa bersih, kemas dan selamat.
  • Menjalankan pemeriksaan kawasan stesen dan melaporkan sebarang isu keselamatan untuk tindakan segera.
  • Membantu proses penerimaan dan pemunggahan bahan api mengikut prosedur keselamatan serta memastikan dokumen berkaitan lengkap.
  • Membantu operasi kedai termasuk merchandising, planogram, label harga, promosi, susunan produk dan stock rotation.
  • Memantau stok, penerimaan barang, replenishment serta barang rosak atau tamat tempoh.
  • Berurusan dengan pembekal berkaitan penghantaran, kekurangan barang, pemulangan dan isu operasi.
  • Menyemak dokumen seperti invoice, delivery order dan credit note.
  • Membantu urusan transaksi tunai dan tanpa tunai, rekonsiliasi serta rekod operasi.
  • Membantu persediaan audit, checklist, dokumentasi dan tindakan susulan.
  • Mengendalikan pertanyaan dan aduan pelanggan dengan baik dan profesional.
  • Membantu pelaksanaan promosi, kempen dan aktiviti stesen.

Apa Yang Kami Tawarkan

  • Gaji yang kompetitif.
  • Insentif berdasarkan prestasi dan KPI.
  • Bayaran kerja lebih masa (OT).
  • Caruman KWSP & PERKESO.
  • Latihan dalam operasi retail dan stesen minyak.
  • Persekitaran kerja yang mesra dan saling membantu.
  • Peluang belajar dan berkembang ke jawatan dengan tanggungjawab yang lebih besar.

Jika anda seorang yang bertanggungjawab, mementingkan keselamatan, selesa bekerja di kawasan luar dan berminat untuk belajar tentang operasi stesen minyak, kami ingin mengenali anda.

Mohon sekarang dan sertai pasukan kami!

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut