jobs in Powermatics Hydraulics & Engineering (M) Sdn Bhd

Kerja Sepenuh Masa CNC Operator, Gaji tinggi MYR 2,200 di Powermatics Hydraulics & Engineering (M) Selangor - Maukerja

Lokasi Kerja

  • Bandar Bukit Raja Selangor Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

Ringkasan Jawatan:

Junior CNC Machinist akan menjalani latihan semasa bekerja untuk mempelajari operasi asas permesinan CNC. Jawatan ini melibatkan membantu Jurumesin CNC dalam penyedian mesin, pengendalian, pemeriksaan kompenen, serta mengekalkan persekitaran kerja yang selamat dan bersih. Pelatih hendaklah mematuhi arahan, mempelajari prosedur Syarikat, dan secara beransur-ansur membangunkan kemahiran teknikal permesinan.

Tanggungjawab:

1. Membantu jurumesin dalam penyediaan dan pengendalian mesin CNC di bawah pengawasan rapi.

2. Mempelajari cara membaca dan memahami lukisan kejuruteraan asas serta arahan kerja.

3. Melakukan pengukuran ringkas pada bahan kerja menggunakan alat pengukur asas seperti angkup vernier dan mikrometer.

4. Membantu dalam memeriksa komponen siap untuk memastikan ia memenuhi keperluan kualiti dan spesifikasi yang ditetapkan.

5. Menyokong tugas pemesinan asas menggunakan mesin larik, mesin kisar, mesin gerudi, atau mesin pengisar seperti yang ditugaskan.

6. Mengenal pasti dan membuat tanda pada lukisan pengeluaran bagi komponen yang telah disiapkan.

7. Merekod kerja harian yang telah dilaksanakan dalam “project Job sheet / kad masa”.

8. Melaporkan sebarang kerosakan mesin, kehilangan alata tau bahan kerja rosak yang tidak dapat dibaiki kepada penyelia dalam tempoh masa yang sewajarnya.

9. Melaksanakan kerja pembersihan harian serta mengekalkan kebersihan dikawasan kerja yang ditetapkan.

10. Bersedia untuk bekerja lebih masa dan melakukan perjalanan luar kawasan apabila diarahkan oleh penyelia dari semasa ke semasa.

11. Bekerja selaras dengan pematuhan keperluan yang dinyatakan dalam prosedur ISO 9001:2015

Pengalaman:

1. Tidak memerlukan pengalaman kerja terdahulu; latihan akan diberikan.

2. Lepasan sekolah dan graduan baharu digalakkan untuk memohon.

3. Menunjukkan kesediaan untuk belajar, mempunyai sikap yang baik dan boleh dipercayai.

Kelayakan:

1. Minimum SPM / Sijil dalam bidang kejuruteraan atau kelayakan yang setaraf.

Pay: RM1,800.00 - RM2,200.00 per month

Benefits:

  • Free parking
  • Health insurance
  • Meal allowance
  • Opportunities for promotion

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut