jobs in Hz Crescent SDN BHD

Kerja Sepenuh Masa Juruteknik-technician, Gaji tinggi MYR 3,200 di Hz Crescent SDN BHD Selangor - Maukerja

Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Petaling Jaya Selangor Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

Penerangan Kerja

HZ Crescent Sdn. Bhd. sedang mencari calon yang bertanggungjawab dan berpengalaman untuk menyertai pasukan kami sebagai Technician. Syarikat kami menjalankan kerja-kerja elektrik, penyelenggaraan, pembaikan dan pengubahsuaian di premis komersial seperti outlet kedai.

Skop Kerja

  • Melaksanakan kerja pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan elektrik.
  • Menjalankan kerja penyelenggaraan am serta mengenal pasti dan menyelesaikan masalah kerosakan.
  • Membantu dalam kerja pembaikan, pengubahsuaian dan penyelenggaraan projek.
  • Memastikan semua kerja dilakukan mengikut prosedur dan piawaian keselamatan yang ditetapkan.
  • Menjaga peralatan dan perkakasan syarikat dengan baik.
  • Mematuhi arahan penyelia dan menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut tempoh ditetapkan.
  • Bergerak ke lokasi projek atau outlet yang ditetapkan oleh syarikat apabila diperlukan.

Kelayakan dan Syarat Permohonan

1. Technician Elektrik (PW2)

  • Mempunyai sijil atau lesen elektrik PW2 yang sah.
  • Wajib mempunyai lesen memandu GDL yang sah.
  • Pengalaman kerja minimum 1 tahun dalam bidang berkaitan.
  • Gaji: RM2,500 – RM2,800 sebulan.

2. Technician Elektrik (PW4)

  • Mempunyai sijil atau lesen elektrik PW4 yang sah.
  • Wajib mempunyai lesen memandu GDL yang sah.
  • Pengalaman kerja minimum 2 tahun dalam bidang berkaitan.
  • Gaji: RM2,800 – RM3,200 sebulan.

3. General Technician (Tanpa Lesen Elektrik)

  • Calon yang tidak mempunyai sijil atau lesen elektrik juga dialu-alukan untuk memohon.
  • Wajib mempunyai lesen memandu GDL yang sah.
  • Pengalaman kerja minimum 2 tahun dalam bidang penyelenggaraan, pembaikan atau bidang berkaitan.
  • Gaji: RM2,000 – RM2,500 sebulan.

Syarat Tambahan

  • Bertanggungjawab, menepati masa dan komited terhadap kerja.
  • Boleh bekerja secara berkumpulan dan mengikut arahan.
  • Bersedia untuk bekerja di lokasi projek yang berbeza apabila diperlukan.
  • Mampu menjalankan tugasan dengan cekap dan mengikut arahan penyelia.

Waktu Bekerja

  • 6 hari bekerja seminggu (Isnin – Sabtu).
  • Waktu bekerja: 9.00 pagi – 6.00 petang.

Faedah

  • Hostel disediakan sekiranya diperlukan.
  • Bayaran kerja lebih masa (OT).
  • Cuti tahunan.
  • Elaun tambahan tertakluk kepada polisi syarikat.

Pay: RM2,000.00 - RM3,200.00 per month

Benefits:

  • Additional leave
  • Company car
  • Meal allowance

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut