jobs in BRILLIANT HEALTHCARE SDN BHD

Kerja Sepenuh Masa PEMBANTU PENGURUS (ASSISTANT MANAGER), Gaji tinggi MYR 3,500 di BRILLIANT HEALTHCARE SDN BHD Selangor - Maukerja

PEMBANTU PENGURUS (ASSISTANT MANAGER)

BRILLIANT HEALTHCARE SDN BHD

Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Jalan Station Selayang Selangor Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

JAWATAN KOSONG: PEMBANTU PENGURUS (ASSISTANT MANAGER)

Syarikat: Brilliant World Holdings
Lokasi: Taman Melati Utama, Kuala Lumpur
Gaji: RM2,500 – RM3,500
Jenis Pekerjaan: Sepenuh Masa

SKOP TUGAS

  • Merancang, menyelaras dan memantau operasi pembelian, pengurusan stok serta pengedaran barang.
  • Memantau kos pembelian, prestasi jualan dan keuntungan serta menyediakan laporan berkaitan.
  • Mengurus pembekal (supplier), termasuk rundingan harga, pembayaran dan penilaian kualiti barang.
  • Memastikan rekod pembelian, inventori dan dokumentasi sentiasa lengkap serta mematuhi SOP dan piawaian GDPMD/GDP.
  • Menyelia prestasi staf, menyelaras tugasan dan memastikan operasi jabatan berjalan lancar.
  • Memantau tahap stok, mengurus tempahan serta memastikan tiada masalah kekurangan, lebihan atau produk tamat tempoh.
  • Mengenal pasti peluang meningkatkan jualan melalui produk baharu, platform e-dagang dan koperasi serta melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan.

KELAYAKAN

  • Memiliki Diploma atau Ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Perolehan, Logistik, Rantaian Bekalan atau bidang berkaitan.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 3–5 tahun pengalaman dalam pembelian, pengurusan stok atau operasi.
  • Mempunyai pengalaman menyelia staf dan mengurus pembekal.
  • Mahir menggunakan Microsoft Excel dan sistem pengurusan stok atau inventori.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi, rundingan, analisis data dan penyelesaian masalah yang baik.
  • Berpengalaman atau mempunyai pengetahuan berkaitan GDPMD/GDP merupakan satu kelebihan.
  • Bertanggungjawab, teliti, proaktif dan mampu bekerja secara individu serta berkumpulan.

FAEDAH & KEMUDAHAN

  • Gaji kompetitif dan kenaikan gaji tahunan.
  • Peluang perkembangan kerjaya dan kenaikan pangkat.
  • Elaun makan, parkir, perjalanan dan prestasi.
  • Elaun perubatan serta kemudahan perubatan untuk pekerja dan keluarga di semua cawangan Klinik Daddy.
  • Bantuan persekolahan dan diskaun pendidikan untuk anak kakitangan di MTSFAZ.
  • Surau dan bilik rehat wanita yang selesa.
  • Makan malam tahunan, jamuan Hari Raya, aktiviti Team Building, sukan dan rekreasi.
  • Pakaian korporat disediakan.
  • Cuti tahunan, cuti sakit dan cuti Umrah (untuk staf tetap).
  • Caruman KWSP, PERKESO dan SIP.

CARA MEMOHON

Calon yang berminat boleh menghantar resume terkini melalui.

E-mel: *************

WhatsApp: +*************

Pay: RM2,500.00 - RM3,500.00 per month

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut