1. TUJUAN JAWATAN
Menguruskan peluang tender, pendaftaran vendor, penyediaan dokumentasi dan urusan penyerahan tender bagi projek kawalan keselamatan sektor kerajaan dan swasta.
2. SKOP TANGGUNGJAWAB
- Pemantauan Tender – Memantau iklan dan peluang tender melalui e-Perolehan, portal kerajaan dan platform syarikat swasta.
- Pendaftaran Vendor – Menguruskan pendaftaran, kemas kini dan pembaharuan akaun vendor dalam platform perolehan berkaitan.
- Dokumentasi & Penyerahan Tender – Menyediakan, menyelaras dan menguruskan penyerahan dokumen tender mengikut keperluan serta tempoh yang ditetapkan.
- Urusan Pentadbiran & Perbankan – Menguruskan dokumentasi, surat-menyurat, urusan bank dan penyerahan dokumen kepada pihak berkaitan.
- Rekod & Pelaporan – Mengemas kini rekod tender, status pendaftaran vendor dan menyediakan laporan berkaitan kepada Ketua Jabatan.
3. KELAYAKAN & PENGALAMAN
- Minimum Diploma dalam bidang Pemasaran, Pengurusan Perniagaan atau bidang berkaitan.
- Mempunyai pengalaman 1–2 tahun dalam bidang pemasaran, pengurusan tender atau pentadbiran.
- Berpengalaman menggunakan e-Perolehan dan platform pendaftaran vendor merupakan satu kelebihan.
- Mahir menggunakan Microsoft Office serta mempunyai kemahiran komunikasi dan pengurusan dokumentasi yang baik.
Pay: RM2,800.00 - RM3,000.00 per month
Benefits:
Work Location: In person