- Jalan Autoville 1 Cyberjaya Selangor Malaysia 62988

Lokasi Kerja
Penerangan Kerja
Kelayakan
BOSAN DENGAN KERJA YANG TAK KE MANA?
Jika mana-mana ini terkena pada anda, apply di sini:
Anda kerja kuat, tapi gaji sama saja tahun demi tahun.
Sumbangan anda tak dihargai atau tak disedari.
Anda mahu tingkatkan kemahiran dan kerjaya, bukan terperap di tempat yang sama.
Di Vebo, technician yang bagus akan disedari, dihargai, dan diberi laluan kerjaya yang jelas. Kami mengendalikan bengkel moden yang mementingkan kecekapan, keselamatan, kualiti kerja, dan teknologi.
APA YANG KAMI CARI
Jujur, bertanggungjawab, dan mesra.
Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman kerja penyelenggaraan dan pembaikan kereta.
Mampu membuat diagnosis kerosakan dengan tepat dan menerangkan penyelesaian kepada pelanggan atau SA.
Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu atau Inggeris..
Pengalaman di Pusat Servis Sah BMW menjadi kelebihan.
Sanggup bekerja di Cyberjaya (atau lokasi baharu di KL/Selangor pada masa depan), mematuhi SOP, dan menggunakan sistem jobsheet online.
Kami mengekalkan standard yang tinggi dari segi sikap, disiplin, dan kebolehpercayaan. Juruteknik yang serius dan rajin bekerja akan dihargai dan diberi ganjaran di sini.
KENAPA VEBO
Laluan kerjaya yang sebenar — kami naikkan pangkat berdasarkan prestasi, dan kami akan tunjukkan dengan jelas cara anda boleh maju apabila anda menyertai kami.
Kerja anda dihargai — buat kerja yang bagus di sini, ia takkan terlepas pandang.
1 Bay, 1 Juruteknik — bay sendiri lengkap dengan set alatan.
Bekerja bersama pasukan yang bertanggungjawab dan profesional.
KWSP dan PERKESO.
Pelbagai elaun dan bonus prestasi.
Cuti tahunan dan cuti sakit.
Sedia untuk bengkel yang benar-benar menyokong kerjaya anda? Mohon sekarang dan tanya kami tentang kareer anda di Vebo semasa temu duga.
Tanggungjawab
TUGAS ANDA
Servis major dan minor untuk kereta BMW & Mini.
Membaiki semua bahagian utama kereta termasuk mekanikal dan elektronik.
Rekod kerja anda dengan jelas menggunakan sistem jobsheet online kami.
Patuhi peraturan keselamatan dan SOP bengkel.
Pastikan ruang kerja anda sentiasa kemas dan bersih.
Hadir tepat pada masa dan jadi orang yang boleh diharap oleh Team Vebo.
Manfaat
Peringatan Penting
Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.