jobs in A'Famosa Resort Hotel Sdn Bhd

Kerja Sepenuh Masa Maintenance (Room Division), Gaji tinggi MYR 2,000 di A'Famosa Resort Hotel Melaka - Maukerja

Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Melaka Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

1. Ringkasan Tugas

  • Bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pemeriksaan, penyelenggaraan, pembaikan dan penyelesaian masalah berkaitan sistem elektrik, penyaman udara, peti sejuk beku (freezer) serta kemudahan lain di kawasan resort bagi memastikan semua peralatan dan kemudahan berfungsi dengan baik dan selamat.

2. Skop Tugas dan Tanggungjawab

  • Melaksanakan pemeriksaan berkala, penyelenggaraan pencegahan dan kerja pembaikan bagi sistem serta peralatan elektrik.
  • Menjalankan pemeriksaan, penyelenggaraan dan penyelesaian masalah berkaitan sistem penyaman udara (air-cond).
  • Memeriksa, menyelenggara dan mengenal pasti kerosakan pada peti sejuk beku (freezer) serta peralatan penyejukan.
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan am di bilik tetamu serta kemudahan resort yang berkaitan.
  • Mengambil tindakan terhadap aduan kerosakan dan masalah teknikal yang dilaporkan oleh Room Division atau jabatan lain.
  • Memastikan semua kerja penyelenggaraan dilaksanakan mengikut prosedur keselamatan dan peraturan syarikat.
  • Memastikan peralatan dan perkakasan penyelenggaraan berada dalam keadaan baik serta melaporkan sebarang kerosakan atau kekurangan kepada pihak atasan.
  • Memastikan kawasan kerja sentiasa bersih, kemas dan selamat selepas kerja penyelenggaraan selesai.
  • Membantu melaksanakan pelbagai tugasan penyelenggaraan lain mengikut keperluan operasi jabatan.
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak atasan atau pihak pengurusan dari semasa ke semasa.

3. Kelayakan dan Keperluan

  • Mempunyai pengalaman dalam bidang penyelenggaraan, khususnya berkaitan sistem elektrik, penyaman udara dan peralatan penyejukan.
  • Mempunyai pengetahuan teknikal serta kemahiran asas mengenal pasti dan menyelesaikan masalah kerosakan.
  • Seorang yang matang, bertanggungjawab, berdisiplin dan mampu bekerja secara berdikari.
  • Berkebolehan melakukan pelbagai tugasan (multitasking) mengikut keperluan operasi.
  • Mampu bekerjasama dengan baik bersama ahli pasukan dan jabatan lain.
  • Bersedia bekerja mengikut syif, pada hujung minggu dan cuti umum berdasarkan keperluan operasi.
  • Mempunyai sijil atau kelayakan teknikal yang berkaitan merupakan satu kelebihan.

Pay: RM1,700.00 - RM2,000.00 per month

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut