- Seremban Negeri Sembilan Malaysia
Lokasi Kerja
Penerangan Kerja
Tanggungjawab
Anda berminat nak menjadi sebahagian dari keluarga Sirruhu?
SIRRUHU SDN BHD merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2018 dan terkenal dalam industri fesyen. Sirruhu mengeluarkan pelbagai jenis tudung seperti tudung sarung, bawal dan shawl. Selain itu, kami mengeluarkan produk lain seperti telekung dan handsock. Sirruhu mempunyai sebuah butik yang terletak di Taipan 2, Senawang. Sirruhu juga memasarkan produknya di peringkat antarabangsa.
JAWATAN KOSONG : HOST LIVE CUM TALENT
Kami di SirRuHu Sdn Bhd sedang mencari individu yang penuh semangat dan kreatif untuk menyertai pasukan kami! Kalau anda suka bergaya di depan kamera, ada bakat dalam membuat kandungan menarik, ini peluang anda!
Tugas Kerja:
1. Boleh buat Live di platform media sosial seperti Instagram/TikTok/Shopee dengan yakin
2. Menjaga penampilan supaya sentiasa nampak kemas dan profesional di depan kamera
3. Terlibat dalam proses merancang dan merakam video
4. Ikut arahan dan idea kreatif daripada pasukan produksi supaya video jadi seperti yang dirancang
5. Memberi idea dan hasilkan video pendek yang menarik untuk tarik perhatian penonton
6. Berkomunikasi dengan baik dan bekerjasama dengan pasukan untuk pastikan sesi rakaman berjalan lancar
Kriteria yang Kami Cari:
1. Pendidikan minimum: SPM / Diploma / Fresh Graduate digalakkan memohon
2. Boleh menggayakan tudung dengan cantik
3. Yakin & selesa di depan kamera untuk rakaman video
4. Mempunyai kemahiran komunikasi dan penyampaian yang baik
5. Pengalaman dalam penciptaan kandungan & perancangan kandungan adalah satu kelebihan
6. Faham tentang E-commerce & garis panduan TikTok/media sosial (bonus point!)
7. Pengalaman dalam rakaman video atau pernah jadi KOL/Content Creator adalah satu kelebihan besar
Apa Yang Kami Tawarkan:
1. Gaji Asas + Incentif + Komisyen + Bonus dan banyak lagi!
2. Persekitaran kerja yang dinamik dan kolaboratif.
3. Peluang untuk pertumbuhan profesional dan pembangunan kerjaya.
Berminat?
Hantarkan resume anda beserta portfolio (jika ada) ke ************* atau WhatsApp ke *************. Jangan lupa sertakan video pendek perkenalkan diri anda!
Lokasi: Taipan 2, Senawang
Jom jadi sebahagian daripada keluarga SirRuHu – Sarung Dulu, Baru Tahu!
Job Types: Full-time, Part-time, Permanent
Pay: RM2,000.00 - RM3,000.00 per month
Benefits:
Ability to commute/relocate:
Work Location: In person
Peringatan Penting
Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.