- Jalan Pasir Tumboh-Wakaf Che Yeh Limbat Kelantan Malaysia 16150

Lokasi Kerja
Penerangan Kerja
Kelayakan
Kelayakan dan Keperluan
1) Mempunyai pengalaman dalam pengurusan operasi, kepimpinan pasukan atau pengurusan jabatan.
2) Mempunyai kemahiran kepimpinan dan kebolehan menyelia ketua jabatan serta pasukan kerja.
3) Mempunyai pemahaman yang baik tentang KPI, pengurusan bajet, kawalan kos dan prestasi perniagaan.
4) Mempunyai kemahiran analisis, penyelesaian masalah dan perancangan strategik yang baik.
Tanggungjawab
Tentang Kami
RedRadar International ialah sebuah agensi pekerjaan yang berpusat di Kota Damansara, Petaling Jaya. Sejak tahun 2012, kami telah membantu ribuan calon mendapatkan peluang kerjaya yang bermakna bersama majikan yang bereputasi di seluruh Malaysia.
Kami komited untuk menghubungkan calon yang berpotensi dengan organisasi yang menghargai bakat, prestasi dan perkembangan kerjaya. Pasukan kami akan membantu calon sepanjang proses pengambilan pekerja, daripada permohonan sehingga penempatan kerja.
Layari laman web kami: *************
Maklumat Jawatan
Jawatan: General Manager (Pengurus Besar)
Gaji: RM3,500 – RM4,500 sebulan
Hari Bekerja: Isnin – Ahad
Hari Cuti: Jumaat
Waktu Bekerja: 8:30 pagi – 5:00 petang
Lokasi: Lot 8062, PM 73, Guntong Bandar Satelit Islam, Pasir Tumboh, 16150 Kota Bharu, Kelantan
Penerangan Jawatan
RedRadar International sedang mencari calon bagi pihak klien kami untuk mengisi jawatan General Manager (Pengurus Besar). Calon yang berjaya akan bertanggungjawab mengurus dan memantau keseluruhan operasi syarikat, menyelia prestasi setiap jabatan, memastikan pencapaian KPI serta melaksanakan strategi perniagaan bagi menyokong pertumbuhan dan kecekapan syarikat.
Calon yang sesuai mestilah mempunyai kemahiran kepimpinan yang baik, berfikiran strategik, cekap menyelesaikan masalah dan mampu memastikan setiap jabatan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
Tanggungjawab Utama
1. Mengurus dan memantau keseluruhan operasi syarikat bagi memastikan kelancaran aktiviti harian dan aliran kerja setiap jabatan.
2. Menterjemahkan hala tuju syarikat kepada pelan tindakan serta memastikan arahan pengurusan dilaksanakan mengikut keutamaan dan tempoh yang ditetapkan.
3. Menetapkan dan memantau KPI setiap jabatan serta memastikan sasaran prestasi syarikat dicapai.
4. Memantau prestasi jualan, pemasaran dan revenue syarikat bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan.
5. Menyelia HOD/Manager serta memastikan setiap jabatan melaksanakan tanggungjawab dan mencapai sasaran yang ditetapkan.
6. Merancang strategi pertumbuhan perniagaan serta mengenal pasti peluang, keperluan sumber dan risiko yang berkaitan.
7. Memantau bajet operasi, perbelanjaan dan kawalan kos bagi memastikan penggunaan sumber syarikat secara berkesan.
8. Bekerjasama dengan HR dalam perancangan tenaga kerja, pengurusan prestasi dan produktiviti pekerja.
9. Memastikan pematuhan SOP dan polisi syarikat serta mengenal pasti penambahbaikan proses kerja bagi meningkatkan kecekapan operasi.
10. Mengenal pasti dan menyelesaikan isu operasi serta memastikan tindakan susulan dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam tempoh yang ditetapkan.
11. Mengadakan mesyuarat berkala bersama HOD untuk menyemak KPI, perkembangan jabatan dan pelaksanaan pelan tindakan.
12. Menyediakan laporan prestasi dan perkembangan operasi kepada Founder/Top Management bagi menyokong pemantauan serta keputusan pengurusan.
Mengapa Memohon Melalui RedRadar?
Di RedRadar International, kami bukan sekadar menghubungkan calon dengan peluang pekerjaan. Kami membantu calon membina kerjaya bersama majikan yang menghargai bakat, inovasi dan perkembangan profesional jangka panjang.
Daripada semakan resume hingga persediaan temu duga dan sokongan proses kemasukan kerja, pasukan kami komited membantu anda mendapatkan peluang yang sesuai dan melangkah maju dalam kerjaya dengan lebih yakin.
Manfaat
Peringatan Penting
Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.