- Jalan RT 9 Selayang Selangor Malaysia
Lokasi Kerja
Penerangan Kerja
Tanggungjawab
Prestar Precision Tube Sdn Bhd merupakan salah satu anak syarikat kepada sebuah Syarikat Awam yang tersenarai dalam Bursa Malaysia. Kami terlibat dalam pembuatan tiub automotif, tiub keluli dan paip. Seiring dengan perkembangan pesat syarikat dan pelan pengembangan pasaran, kami sedang mencari calon yang berkelayakan, komited dan bersemangat untuk mengisi jawatan berikut:
PRODUCTION MACHINIST– RAWANG, SELANGOR
Tanggungjawab:
1. Memantau waktu henti mesin (machine downtime) dan mengurangkan kerosakan mesin yang tidak dirancang.
2. Menjalankan penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance) bagi mengurangkan kerosakan mesin yang tidak perlu.
3. Melakukan kerja-kerja troubleshooting terhadap kerosakan di bahagian mekanikal seperti:
Sistem kawalan pneumatic, Sistem kawalan hidraulik, Gearbox, Pam, Bearing, Rantai & tali sawat (belt), dan lain-lain.
4. Melaporkan sebarang kerosakan luar biasa, masalah, kelemahan serta cadangan penambahbaikan berkaitan mesin dan operasi.
5. Mematuhi semua arahan, peraturan dan prosedur keselamatan yang ditetapkan oleh syarikat.
6. Melaporkan semua kemalangan dan keadaan tidak selamat kepada penyelia atau pihak atasan.
7. Menggunakan semua peralatan keselamatan dan kesihatan yang disediakan.
8. Melaksanakan arahan daripada pihak atasan atau wakil yang dilantik apabila diperlukan.
Kelayakan:
1. Minimum SPM atau setaraf.
2. Pengalaman asas dalam pengendalian mesin dan kerja am di industri besi / logam / industri berat adalah satu kelebihan.
3. Mempunyai pengangkutan sendiri.
4. Boleh bekerja mengikut syif.
5. Mempunyai rekod kehadiran yang baik serta sikap kerja yang positif.
6. Bersedia bekerja lebih masa (OT) sekurang-kurangnya 4 jam apabila diperlukan.
Faedah:
1. Elaun makan kerja lebih masa dan elaun syif
2. Insentif kehadiran
3. Bonus / insentif / kenaikan gaji berdasarkan prestasi
4. Ganjaran pertandingan bulanan
5. Latihan semasa bekerja disediakan
6. Perlindungan Insurans Kemalangan Peribadi (PA)
7. Klinik panel Syarikat & Klinik In-House
8. Pakaian seragam dan peralatan keselamatan disediakan
9. Semua cuti umum (Selangor) dipatuhi
10. Subsidi minuman
11. Jawatan tetap
Job Type: Full-time
Pay: RM1,800.00 - RM2,000.00 per month
Benefits:
Application Question(s):
Work Location: In person
Peringatan Penting
Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.