- Kuala Terengganu Terengganu Malaysia
Lokasi Kerja
Penerangan Kerja
Tanggungjawab
Jawatan: Pembantu Pembangunan Pekerjaan (IT)
Syarikat: Terengganu Human Resource Development Centre
Penempatan: Kuala Terengganu, Terengganu
SENARAI TUGAS JAWATAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1. Mengurus pangkalan data organisasi yang merangkumi pengumpulan, penyimpanan, keselamatan dan pengesahan data bagi memastikan ketepatan, integriti dan kebolehpercayaan data;
2. Menganalisis data berkaitan tenaga kerja, latihan dan pembangunan pekerjaan serta menyediakan laporan, dashboard dan visualisasi data bagi menyokong keperluan pengurusan dan keputusan strategik;
3. Membangunkan dan menambah baik sistem aplikasi dalaman serta menyokong pelaksanaan pendigitalan proses kerja, termasuk pengujian sistem dan penyediaan dokumentasi teknikal;
4. Menyediakan data berkenaan kemahiran industri dan kajian pasaran buruh serta pelaksanaan program pembangunan pekerjaan berasaskan analisis data dari pelbagai sumber yang boleh dipercayai;
5. Memastikan pematuhan terhadap dasar perlindungan data dan keselamatan maklumat, mengurus kawalan akses pengguna serta membantu dalam audit ICT dan pengurusan risiko berkaitan IT;
6. Mengurus, memantau dan menyelenggara sistem serta infrastruktur IT organisasi termasuk server, rangkaian dan pangkalan data bagi memastikan sistem berfungsi dengan baik dan stabil;
7. Memberikan latihan, panduan dan sokongan teknikal kepada kakitangan berkaitan penggunaan sistem dan aplikasi serta menyediakan manual penggunaan sistem; dan
8. Melaksanakan tugasan yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa.
Peringatan Penting
Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.