jobs in SOGNO COFFEE SDN BHD

Kerja Sepenuh Masa Pastry Baker, Gaji tinggi MYR 2,500 di SOGNO COFFEE SDN BHD Selangor - Maukerja

Ampang Jaya Municipal Council, Selangor

Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Jalan Dagang 1/8 Ampang Jaya Municipal Council Selangor Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

TANGGUNGJAWAB UTAMA

A. Penyediaan Bahan dan Produk

  • Membantu menyediakan bahan mentah mengikut resipi dan sukatan yang ditetapkan.
  • Menimbang, menyukat dan menyediakan bahan untuk penghasilan produk pastri.
  • Membantu menyediakan doh, krim, inti, topping dan bahan-bahan lain.
  • Memastikan bahan mentah berada dalam keadaan baik dan belum tamat tempoh.

B. Penghasilan Produk Pastri

  • Membantu proses penyediaan, pembentukan dan pembakaran produk pastri.
  • Membantu menghasilkan kek, tart, croissant, puff pastry, cookies dan produk lain mengikut arahan penyelia.
  • Memastikan produk disediakan mengikut saiz, berat, bentuk dan spesifikasi yang ditetapkan.
  • Memastikan produk yang dihasilkan memenuhi standard kualiti syarikat.
  • Melaporkan sebarang kerosakan, kecacatan atau ketidakpatuhan produk kepada penyelia.

C. Kebersihan dan Keselamatan Makanan

  • Memastikan kawasan kerja sentiasa bersih dan teratur.
  • Membersihkan peralatan, mesin, dulang pembakar dan ruang penyediaan selepas digunakan.
  • Mematuhi SOP kebersihan, keselamatan makanan dan amalan pengendalian makanan yang ditetapkan.
  • Memastikan penggunaan pakaian kerja dan peralatan perlindungan yang sesuai.
  • Mengelakkan pencemaran silang semasa penyediaan dan pengendalian produk.

D. Pematuhan dan Disiplin Kerja

  • Mematuhi arahan penyelia dan pihak pengurusan.
  • Hadir bekerja mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Bekerjasama dengan ahli pasukan bagi memastikan kelancaran operasi pengeluaran.
  • Menjaga peralatan, bahan mentah dan harta benda syarikat.
  • Melaksanakan tugasan tambahan yang berkaitan dengan operasi pastry apabila diarahkan oleh pihak pengurusan.

KELAYAKAN DAN KEPERLUAN JAWATAN

  • Minimum pendidikan SPM atau kelayakan yang setaraf.
  • Pengalaman dalam bidang pastry atau bakery merupakan satu kelebihan.
  • Calon tanpa pengalaman boleh dipertimbangkan sekiranya bersedia untuk belajar.
  • Mempunyai minat dalam bidang pembuatan pastri dan bakeri.
  • Boleh bekerja secara berkumpulan serta mengikut arahan.
  • Bersedia bekerja mengikut syif, termasuk hujung minggu dan cuti umum jika diperlukan.

Pay: RM1,900.00 - RM2,500.00 per month

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut