jobs in Sunrise Paper (M) Sdn Bhd

Kerja Sepenuh Masa, Pegawai Logistik di Sunrise Paper (M) Pulau Pinang - Maukerja

Pegawai Logistik jobs
Undisclosed
Graduan Baru
Jadilah pemohon terawal!
Posted 8 hours ago • Closing 7 Oct 2027
Jadilah pemohon terawal!
Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Kawasan Perindustrian Prai Perai Pulau Pinang Malaysia 13600

Penerangan Kerja

Kelayakan

  • Minimum kelayakan Diploma.

  • Graduan baharu atau calon yang mempunyai pengalaman bekerja dialu-alukan untuk memohon.

  • Mempunyai kemahiran menggunakan komputer.

  • Mampu mengikuti arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

  • Mampu bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Tanggungjawab

  • Bertanggungjawab terhadap semua tugas berkaitan prosedur dan keperluan kastam.
  • Memantau tempoh sah laku lesen syarikat dan pelanggan.
  • Menyediakan laporan kastam bulanan seperti M1, M2, Lampiran H, Sisa dan lain-lain.
  • Mengurus penghantaran barangan dari luar negara (inbound) dan ke luar negara (outbound).
  • Memproses dokumen pengikraran kastam seperti:
    a) Dokumen kastam GPB-1, GPB-2, K1, K2 dan K9.
    b) GPB Am.
    c) Permohonan Lampiran baharu yang berkaitan.
    d) Menyediakan dokumen untuk pembayaran cukai.
    e) Menyediakan data untuk laporan kastam bulanan dan tahunan.
    f) Mengemas kini LMW, ATIGA, SMK (Dagang Net), SISA dan lesen syarikat lain serta mendapatkan kelulusan daripada pihak kastam.
    g) Mengurus permohonan Subkontrak / Ejen yang Dilantik (Appointed Agent).
  • Memastikan dokumentasi kastam bagi penghantaran masuk dan keluar mematuhi peraturan serta ketetapan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
  • Mengemukakan dokumen kepada pejabat kastam.
  • Bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan penghantaran yang dilantik untuk memproses dan memantau penghantaran masuk dan keluar.
  • Berhubung dengan syarikat kurier dan ejen penghantaran (freight forwarder) bagi menguruskan urusan berkaitan kastam.
  • Memberikan sokongan dan mengambil alih tugas Pembantu Logistik sekiranya beliau tidak hadir atau tidak dapat menjalankan tugas.
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penyelia atau pihak atasan dari semasa ke semasa.

Manfaat

  • Annual Leave
  • EPF / SOCSO / PCB
  • Insurance benefits
  • Panel clinic
  • Uniforms provided
  • Training Provided
  • Medical and Hospitalisation Leave
  • Allowance Provided
  • EIS

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut