jobs in ECW Motorsports

Kerja Sepenuh Masa SERVICE ADVISOR (PAINT - BODY WORKS), Gaji tinggi MYR 2,500 di ECW Motorsports Selangor - Maukerja

SERVICE ADVISOR (PAINT - BODY WORKS)

Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Kajang Selangor Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

Tujuan Jawatan:

Penasihat Servis (Service Advisor) bertanggungjawab mengurus perkhidmatan pelanggan, mengenal pasti keperluan alat ganti, serta memastikan pematuhan operasi di pusat servis/bengkel. Peranan ini memastikan kelancaran operasi harian, tahap kepuasan pelanggan yang tinggi, dan pematuhan terhadap dasar syarikat serta menyokong kelancaran aliran kerja.

Tanggungjawab Utama:

1. Temujanji Servis & Pendaftaran Pelanggan

  • Menyelia dan mengurus senarai temujanji servis/pembaikan dengan cekap.
  • Membantu pelanggan dalam proses pendaftaran servis/ pembaikan dan dokumentasi kenderaan.

2. Sasaran Kewangan & Jualan

  • Memastikan sasaran kewangan bulanan dicapai termasuk jumlah kenderaan masuk, jualan, keuntungan kasar, perbelanjaan dan keuntungan bersih.

3. Pesanan Servis & Anggaran Kos

  • Memeriksa kenderaan menggunakan borang semakan Pendaftaran Servis/pembaikan(Vehicle Checklist) dan mengeluarkan Sebut Harga serta Pesanan Servis selepas pengesahan.
  • Mendapatkan kelulusan dan tandatangan pelanggan pada Sebut Harga/Pesanan Servis/Pembaikan serta memastikan pelanggan faham sepenuhnya kos terlibat.
  • Menyusun sesi pandu uji bersama Foreman dan pelanggan jika perlu.
  • Memberikan anggaran harga, ketersediaan alat ganti, maklumat kerosakan, tempoh pembaikan dan waktu pengambilan kepada pelanggan.
  • Memantau status pembaikan supaya siap tepat pada waktunya.
  • Menyediakan sebut harga pembaikan tunai yang terperinci termasuk alat ganti, upah dan pelincir.

4. Khidmat Pelanggan & Pengekalan

  • Sentiasa mengekalkan tahap Kepuasan Pelanggan yang tinggi.
  • Memberikan penjelasan yang jelas kepada pelanggan semasa penyerahan kenderaan.
  • Menangani dan menyelesaikan pertanyaan, aduan serta isu pelanggan dengan segera dan profesional, termasuk membuat rujukan kepada pihak pengurusan jika perlu.
  • Memastikan semua kes pelanggan ditangani dan diselesaikan seperti yang dijanjikan.

5. Pematuhan & Pelaporan

  • Menyediakan dan mengemas kini laporan Work-in-Progress (WIP) secara harian, mingguan dan bulanan termasuk analisis bengkel dan cadangan penambahbaikan.
  • Mengekalkan jadual penyelenggaraan berkala dan memastikan pelaksanaannya tepat pada masa.
  • Memastikan pematuhan terhadap peraturan tempatan dan dasar syarikat.
  • Memastikan setiap kenderaan servis di pasang seat cover/ steering cover

6. Komunikasi & Penyelarasan

  • Menjawab panggilan telefon dan mesej WhatsApp secara profesional, dengan sasaran menjawab dalam tiga deringan.
  • Pertanyaan dalam talian WhatsApp di balas dengan kadar segera
  • Berurusan dengan pembekal bagi mendapatkan alat ganti yang diperlukan.
  • Menyemak dan mengurus Pesanan Tempatan (Local Order) bagi kerja-kerja pembaikan kenderaan.
  • Menyimpan dokumen servis dan rekod pelanggan dengan tepat.

7. Umum & Tugas Tambahan

  • Melaksanakan sebarang tugasan dan arahan lain yang diberikan oleh pihak atasan.
  • Mengekalkan kawasan kerja yang teratur dan mematuhi amalan 5S bagi menjamin kecekapan dan kekemasan.

Keperluan Jawatan (Requirements)

  • Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya Diploma, Ijazah Sarjana Muda/ Kelayakan Profesional atau setaraf.
  • Bermotivasi tinggi, result-driven, analitikal serta menunjukkan tahap inisiatif, disiplin dan dorongan diri yang tinggi.
  • Seorang yang proaktif, berdaya usaha dan mampu bekerja secara berdikari dengan kebolehan membuat keputusan yang baik.
  • Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik, mampu berinteraksi di semua peringkat serta bekerja sebagai ahli pasukan & perkhidmatan pelanggan.
  • Pengalaman dalam industri automotif akan dianggap sebagai satu kelebihan.

Faedah Lain:

  • Komisen yang menarik
  • Elaun perjalanan
  • Kenaikan gaji tahunan
  • Takaful perubatan & cuti tahunan berbayar.
  • Company trip

Job Types: Full-time, Permanent, Fresh graduate

Pay: RM1,700.00 - RM2,500.00 per month

Benefits:

  • Maternity leave
  • Opportunities for promotion
  • Professional development

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut