- Shah Alam Selangor Malaysia
Lokasi Kerja
Penerangan Kerja
Kelayakan
Warganegara Malaysia. Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam F&B, termasuk 2 tahun sebagai Penyelia (restoran servis penuh atau BBQ Korea diutamakan). Pemimpin yang baik dan tenang ketika waktu sibuk. Mesra dengan pelanggan dan boleh mengendalikan aduan dengan baik. Berpengalaman dengan POS, pengendalian tunai dan laporan tutup kedai. Boleh bekerja mengikut syif, hujung minggu dan cuti umum. Fasih Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Suntikan tifoid dan sijil pengendali makanan sebelum mula bekerja (kami akan membantu jika belum ada).
Tanggungjawab
Mengetuai pasukan semasa syif dan menetapkan stesen setiap staf. Membuka dan menutup outlet termasuk kiraan tunai dan laporan jualan harian. Melatih krew mengenai standard servis dan cara memanggang di meja. Memastikan setiap pelanggan menerima servis yang pantas dan mesra. Mengendalikan maklum balas dan aduan pelanggan. Memeriksa kualiti makanan, kebersihan dan penampilan pasukan semasa syif. Membantu merancang jadual kerja staf dan memastikan rekod kehadiran tepat. Membuat semakan stok dan membantu pesanan. Memastikan outlet mematuhi peraturan keselamatan makanan dan kebersihan. Melapor setiap hari kepada pengurus outlet.
Manfaat
Peringatan Penting
Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.