- Lorong Gedung Lalang Seremban Negeri Sembilan Malaysia 70400

Lokasi Kerja
Penerangan Kerja
Kelayakan
Kelayakan akademik minimum peringkat SPM.
Terbuka kepada calon Lelaki sahaja.
Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang jualan merupakan satu kelebihan.
Memiliki kenderaan sendiri (Kereta) berserta lesen memandu yang sah adalah satu kelebihan.
Bersedia untuk bekerja secara cuti rehat bergilir, termasuk pada hari cuti umum dan hujung minggu.
Tanggungjawab
Tanggungjawab & Skop Kerja
Mengawasi dan menguruskan operasi jualan harian bagi mencapai sasaran jualan outlet serta syarikat.
Mengendalikan transaksi jualan dan mengeluarkan invois rasmi syarikat kepada pelanggan menggunakan
kaedah tunai/eWallet sahaja (kecuali mendapat kelulusan khas daripada Pengarah Syarikat).
Melayan pelanggan dengan tahap profesionalisme yang tinggi tanpa mengira jenis dan saiz
perniagaan mereka.
Memastikan pembeli menerima maklumat yang tepat dan jelas mengenai produk serta promosi jualan
yang sedang berlangsung.
Menjalin dan mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan (cth: menghubungi pelanggan untuk
menyemak status perniagaan, tahap stok, dan kebajikan mereka).
Memastikan semua rekod jualan tunai harian dihantar ke Ibu Pejabat (HQ) dan dimasukkan ke dalam akaun
bank syarikat dengan teratur.
Menjaga kekemasan, susun atur peralatan/perabot kedai (seperti sofa, rak), serta memastikan kebersihan
outlet sentiasa berada pada tahap terbaik.
Memastikan setiap pelanggan menerima pengalaman perkhidmatan pelanggan (customer service) yang
cemerlang.
Melakukan pembersihan berkala pada semua peti sejuk dan bilik sejuk (coldroom) di outlet.
Memastikan barangan yang keluar dari outlet adalah tepat seperti yang tertera dalam invois pembelian
dan melakukan semakan bersama pelanggan.
Memeriksa stok yang diterima dari Ibu Pejabat dengan teliti bagi mengelakkan sebarang isu kekurangan
atau lebihan barangan.
Mengurus inventori outlet dengan memantau pergerakan stok (seperti mengenal pasti barangan 'slowmoving'
atau hampir habis) serta mencadangkan promosi jualan atau jualan clearance.
Memastikan ketersediaan stok mencukupi dan menguruskan pengeluaran stok berdasarkan sistem FIFO
(First In, First Out).
Menguruskan penyediaan laporan stok fizikal harian dengan lancar dan melaporkannya kepada HQ setiap
hari.
Mematuhi dan melaksanakan prosedur pemulihan sekiranya berlaku sebarang kehilangan inventori/stok
berdasarkan garis panduan Buku Panduan Pekerja.
Melaksanakan tugas-tugas ad-hoc lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Manfaat
Peringatan Penting
Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.