- Kuala Lumpur Federal Territory Malaysia
Lokasi Kerja
Penerangan Kerja
Tanggungjawab
ADMIN ASSISTANT
GAJI: RM 1.800 - RM 2,000
LOKASI: YAYASAN MIHRAB
JAM BEKERJA: 8:00 AM - 6:00 PM
JOB SKOP:
1. Pengurusan Pesanan & Transaksi Jualan
Mengurus dan memproses pesanan pelanggan, sebut harga, invois serta dokumen jualan bagi memastikan setiap transaksi direkodkan dengan tepat dan diproses mengikut prosedur yang ditetapkan.
2. Pengurusan Data & Rekod Jualan
Merekod, mengemas kini dan menyelenggara data jualan, maklumat pelanggan serta rekod transaksi bagi memastikan ketepatan dan kemudahan rujukan.
3. Penyelarasan Stok & Penghantaran
Menyelaras ketersediaan stok, penyediaan pesanan, pembungkusan dan penghantaran bersama pihak gudang, pembelian atau logistik bagi memastikan pesanan pelanggan dipenuhi mengikut tempoh yang ditetapkan.
4. Khidmat Pelanggan & Sokongan Jualan
Mengurus pertanyaan pelanggan berkaitan produk, harga, status pesanan dan penghantaran serta menyelaras penyelesaian aduan atau isu transaksi dengan pihak berkaitan.
5. Pengurusan Dokumentasi & Filing
Memastikan dokumen jualan seperti Purchase Order (PO), Sales Order (SO), invois, Delivery Order (DO), bukti pembayaran dan dokumen sokongan disediakan, disimpan dan dikemas kini secara sistematik.
6. Pemantauan Pembayaran & Akaun Pelanggan
Membantu memantau status pembayaran, rekod transaksi dan baki tertunggak pelanggan serta membuat susulan pembayaran bersama pihak kewangan mengikut prosedur organisasi.
7. Pelaporan & Analisis Jualan
Menyediakan laporan jualan harian, mingguan atau bulanan serta membantu menyemak pencapaian jualan, jumlah pesanan dan trend transaksi bagi menyokong pemantauan prestasi jualan.
8. Penyelarasan Dalaman & Operasi Jualan
Berhubung dengan pasukan jualan, kewangan, gudang, pembelian dan logistik bagi memastikan urusan pentadbiran serta operasi jualan berjalan lancar.
9. Pengurusan Sistem Jualan & E-Commerce
Mengemas kini maklumat produk, harga, pesanan dan status transaksi dalam sistem jualan atau platform e-commerce yang digunakan oleh organisasi, jika berkaitan.
10. Arahan & Tugasan Semasa
Melaksanakan tugasan pentadbiran dan sokongan jualan lain yang diarahkan dari semasa ke semasa selaras dengan skop jawatan dan keperluan organisasi.
KELAYAKAN
BENEFITS:
Faedah Kerjaya & Pembangunan Profesional
a. Gaji kompetitif mengikut kelayakan & pengalaman
b. Peluang kenaikan pangkat & pembangunan kerjaya
c. Kenaikan gaji tahunan
d. Elaun Makanan, Parking, Perjalanan & Prestasi
e. Berpeluang menyertai program pembangunan kerjaya
Faedah Kesihatan & Kebajikan Pekerja dan Keluarga
a. Elaun Perubatan
b. Faedah perubatan termasuk keluarga di semua cawangan Klinik Daddy
c. Surau & bilik rehat wanita yang selesa
d. Bantuan persekolahan anak staf
e. Diskaun pendidikan untuk anak kakitangan di MTSFAZ
Aktiviti & Ganjaran
a. Makan malam tahunan & jamuan raya
b. Team building
c. Aktiviti sukan & rekreasi
d. Pakaian korporat disediakan
Kemudahan & Lokasi
a. Lokasi pejabat strategik: Berhadapan KL East Mall, berhampiran BSN, klinik, kedai serbaneka & lif
Faedah Lain
a. Cuti tahunan & cuti sakit
b. Cuti Umrah untuk staf tetap
c. Caruman KWSP, SOCSO & SIP
CARA MEMOHON:
Hantar resume & portfolio anda ke:
Email: *************
WhatsApp: +*************
Pay: RM1,800.00 - RM2,000.00 per month
Benefits:
Work Location: In person
Peringatan Penting
Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.