jobs in MYR CONSTRUCTION SDN BHD

Kerja Sepenuh Masa Account Admin, Gaji tinggi MYR 2,500 di MYR CONSTRUCTION SDN BHD Kelantan - Maukerja

Lokasi Kerja

  • Kelantan Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

Ringkasan Jawatan:

Kami mencari Account & Admin Executive untuk membantu menguruskan urusan akaun syarikat secara menyeluruh serta memastikan rekod kewangan sentiasa lengkap dan dikemas kini dengan baik menggunakan SQL Accounting System.

Selain tugasan akaun, calon juga akan membantu dalam beberapa urusan pentadbiran pejabat apabila diperlukan. Jawatan ini sesuai untuk individu yang teliti, teratur, bertanggungjawab dan selesa menguruskan tugasan akaun serta admin.

Tanggungjawab Utama – Account:

  • Menguruskan full set of accounts dan rekod kewangan syarikat.
  • Merekod dan mengemas kini transaksi kewangan menggunakan SQL Accounting System.
  • Menguruskan invoice, receipt, Payment Voucher dan pembayaran kepada supplier.
  • Menguruskan Accounts Payable (AP) dan Accounts Receivable (AR).
  • Membuat bank reconciliation dan semakan transaksi kewangan.
  • Menguruskan petty cash serta memastikan rekod keluar masuk wang dikemas kini.
  • Membantu menyediakan monthly closing dan laporan kewangan seperti Profit & Loss, Balance Sheet dan laporan berkaitan.
  • Membantu dalam penyediaan maklumat payroll dan pembayaran gaji.
  • Membantu memastikan rekod berkaitan LHDN disediakan dengan baik.
  • Menguruskan dan menyimpan dokumen kewangan dengan teratur untuk tujuan semakan dan audit.
  • Membantu membuat semakan dan penyelarasan rekod stok apabila diperlukan.

Tugas Pentadbiran:

Selain tugas akaun, calon juga akan membantu beberapa tugasan admin seperti:

  • Menguruskan lesen dan dokumen pentadbiran syarikat.
  • Membantu menguruskan insurans, road tax dan PUSPAKOM kenderaan syarikat.
  • Menguruskan bil utiliti dan dokumen pejabat.
  • Memantau stok alat tulis serta keperluan pejabat.
  • Membantu urusan penyelenggaraan pejabat dan peralatan.
  • Menyediakan surat, dokumen, minit mesyuarat atau laporan apabila diperlukan.
  • Membantu tugasan pentadbiran lain mengikut keperluan semasa.

Kelayakan

  • Diploma / Degree dalam Accounting, Finance atau bidang berkaitan.
  • Mempunyai pengalaman dalam pengurusan akaun adalah satu kelebihan.
  • Boleh menguruskan full set account.
  • Mempunyai pengetahuan dan pengalaman menggunakan SQL Accounting System.
  • Mahir menggunakan Microsoft Office terutama Excel.
  • Teliti, bertanggungjawab dan mempunyai kemahiran pengurusan dokumen yang baik.
  • Boleh bekerja secara individu serta bekerjasama dengan pasukan.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan penyelesaian masalah yang baik.

Kami Mencari Calon Yang:

Seorang yang suka bekerja secara teratur, selesa dengan nombor dan dokumentasi, serta bersedia membantu tugasan pentadbiran apabila diperlukan. Yang penting, calon mempunyai asas akaun yang baik dan boleh menggunakan SQL Accounting System.

Lokasi: MYR Construction Sdn Bhd (Wakaf Bharu, Kelantan)
Send your resume & portfolio to (If Any):- *************
or Whatsapp:- 013 - ************* (HR Department)

Pay: RM1,700.00 - RM2,500.00 per month

Benefits:

  • Cell phone reimbursement
  • Company car
  • Maternity leave
  • Opportunities for promotion
  • Professional development

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut