KERANI PEMERIKSAAN TRAK BERGERAK
A. Ringkasan Jawatan (Job Summary)
Bertanggungjawab memberikan sokongan perkeranian, pentadbiran dan perkhidmatan pelanggan yang cekap bagi memastikan kelancaran operasi. Jawatan ini memainkan peranan penting dalam menguruskan urusan kaunter, rekod pemeriksaan kenderaan, transaksi pembayaran serta penyampaian maklumat kepada pelanggan mengikut prosedur, piawaian kualiti dan keperluan perundangan yang ditetapkan.
B. Tanggungjawab Utama (Key Responsibilities)
Operasi dan Pentadbiran
- Melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan pentadbiran selaras dengan prosedur operasi standard (SOP), dasar syarikat serta akta dan peraturan yang berkuat kuasa.
- Mengurus penerimaan dan pemprosesan bayaran pemeriksaan dengan tepat, cekap dan mengikut prosedur kewangan yang ditetapkan.
- Merekod, menyemak dan mengemaskini maklumat kenderaan dalam sistem bagi memastikan ketepatan data sebelum pemeriksaan dijalankan.
- Menyerahkan laporan keputusan pemeriksaan kepada pelanggan di kaunter serta memberi penerangan asas berkaitan proses pemeriksaan apabila diperlukan.
- Merekod dan mengemaskini transaksi harian operasi secara sistematik bagi memastikan rekod yang lengkap, tepat dan mudah dijejaki.
- Memberikan layanan pelanggan yang profesional, mesra dan responsif bagi meningkatkan pengalaman pelanggan.
- Menyokong kelancaran operasi harian unit Pemeriksaan Trak Bergerak melalui koordinasi yang efektif dengan pasukan pemeriksaan dan pihak berkaitan.
Pematuhan Sistem Pengurusan Bersepadu (Integrated Management System)
Memahami, mematuhi dan menyokong pelaksanaan semua keperluan sistem pengurusan yang diguna pakai oleh PUSPAKOM, termasuk:
a) MIBAS (MS ISO/IEC 17020)
- Menyokong peningkatan kompetensi dan keberkesanan aktiviti pemeriksaan kenderaan.
b) QMS (MS ISO 9001)
- Memastikan penyampaian perkhidmatan yang konsisten dan memenuhi keperluan pelanggan.
c) RTSMS (MS ISO 39001)
- Menyokong usaha meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pengurangan risiko kemalangan, kecederaan serius dan kematian.
d) ISMS (MS ISO/IEC 27001)
- Melindungi kerahsiaan, integriti dan keselamatan data serta maklumat organisasi.
e) ABMS (MS ISO 37001)
- Mengamalkan budaya integriti, ketelusan dan tadbir urus yang baik serta menolak sebarang bentuk rasuah.
f) BCMS (MS ISO 22301)
- Menyokong kesinambungan operasi perniagaan dengan memastikan fungsi kritikal dapat diteruskan sekiranya berlaku gangguan besar.
C. Tanggungjawab Tambahan (Other Functions)
- Melaksanakan tugasan lain yang berkaitan dengan operasi dan pentadbiran seperti yang diarahkan oleh Penyelia atau pihak Pengurusan dari semasa ke semasa.
- Memberi kerjasama dalam aktiviti penambahbaikan proses kerja, audit, latihan dan program organisasi yang dianjurkan oleh syarikat.
- Menjaga kerahsiaan maklumat syarikat, pelanggan dan transaksi operasi pada setiap masa.
Pay: RM1,700.00 - RM2,000.00 per hour
Benefits:
- Additional leave
- Dental insurance
- Opportunities for promotion
- Professional development
Application Question(s):
- Notis tamat perkhidmatan?
- Gaji sekarang?
- Gaji yang ingin diminta?
Education:
- Malaysian Special Skills Certificate (Preferred)
Experience:
- kerani: 1 year (Required)
Location:
Willingness to travel:
Work Location: In person