Kami sedang mencari Pembantu Pemasaran Digital & Media Sosial yang kreatif, bertanggungjawab dan rajin untuk menyertai pasukan kami. Jawatan ini merangkumi tugas menguruskan platform media sosial kami, menghasilkan kandungan yang menarik, serta menjalankan pengiklanan digital untuk mempromosikan klinik, barisan doktor dan perkhidmatan kami.
Tanggungjawab Utama
- Menghasilkan kandungan gambar, video, kapsyen dan bahan promosi yang menarik untuk media sosial.
- Merancang dan menerbitkan kandungan berkala di Instagram, Facebook, TikTok, Google Business Profile dan platform lain.
- Mengambil gambar dan video yang menampilkan kakitangan dan doktor kami, kemudahan klinik serta aktiviti harian.
- Menyunting video pendek, foto, poster dan bahan-bahan promosi.
- Menghasilkan pelbagai rekaan iklan dan penulisan kapsyen.
- Mencipta, mengurus dan memantau kempen iklan berbayar melalui Google Ads dan Meta Ads Manager untuk Facebook dan Instagram.
- Mengemas kini promosi, maklumat perkhidmatan, foto dan ulasan pelanggan di Google Business Profile.
- Membalas komen, mesej dan pertanyaan pelanggan di media sosial dengan profesional.
Kelayakan & Keperluan
- Kreatif dan mempunyai minat mendalam dalam pemasaran digital, media sosial dan penghasilan kandungan (content creation).
- Mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan Canva, CapCut atau aplikasi suntingan yang lain.
- Familiar/Mahir dengan Instagram, Facebook, TikTok, Google Business Profile dan WhatsApp.
- Rajin, bertanggungjawab dan boleh mengikut arahan dengan baik.
- Pengetahuan asas dalam Google Ads, Facebook Ads atau Meta Ads Manager merupakan satu kelebihan.
- Pengalaman terdahulu dalam bidang pemasaran digital, pengiklanan, media sosial, khidmat pelanggan atau penghasilan kandungan merupakan satu kelebihan.
Cara Memohon
Calon yang berminat boleh menghantar resume, pengenalan diri ringkas beserta contoh kandungan, rekaan grafik atau kempen iklan terdahulu (jika ada) melalui WhatsApp ke:
*************
Pay: RM1,700.00 - RM2,100.00 per month
Benefits:
- Opportunities for promotion
- Professional development
Work Location: In person