JAWATAN KOSONG - Eksekutif Dokumentasi Tender/ Sistem Perolehan & Pentadbiran
Kami sedang mencari calon yang bertanggungjawab, teliti, teratur dan mahir mengurus dokumen untuk menyertai pasukan kami sebagai Eksekutif Dokumentasi Tender & Pentadbiran.
Tanggungjawab Utama
1. Penyediaan Dokumen Tender
- Menyediakan, menyusun dan menyemak dokumen tender serta sebut harga mengikut keperluan yang ditetapkan.
- Menyediakan dokumen tender salinan hard copy, termasuk mencetak, membuat salinan, menyusun, binding dan melabel dokumen.
- Memastikan semua dokumen lengkap, tersusun dan mempunyai tandatangan/cop yang diperlukan.
- Menyediakan dokumen sokongan seperti profil syarikat, sijil, katalog, borang dan dokumen berkaitan.
- Membuat semakan akhir bagi memastikan tiada dokumen atau maklumat yang tertinggal.
- Mengurus dan menyimpan rekod tender serta sebut harga yang telah dihantar.
2. Sistem Perolehan / Tender Online
- Membantu menyediakan dan menghantar dokumen tender/sebut harga melalui sistem perolehan secara dalam talian.
- Memuat naik dokumen dan memastikan penghantaran dibuat sebelum tarikh dan masa tutup tender.
- Memantau tarikh tutup tender, sebut harga dan keperluan penghantaran.
- Membantu mengurus pendaftaran dan kemas kini maklumat syarikat di dalam sistem perolehan/vendor.
3. Kerja-Kerja Pentadbiran Pejabat
- Menjalankan kerja-kerja pejabat seperti filing, mencetak, mengimbas, membuat salinan dokumen dan pengurusan fail.
- Menyediakan surat rasmi, emel, borang dan dokumen pejabat.
- Mengurus dan menyusun rekod serta dokumen syarikat dengan sistematik.
- Membantu pihak pengurusan dalam urusan pentadbiran harian.
- Menjalankan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Kelayakan
- Minimum SPM / Diploma dalam bidang Pentadbiran, Pengurusan Pejabat, Perniagaan atau bidang berkaitan.
- Mempunyai pengalaman dalam penyediaan dokumen tender, sebut harga atau sistem perolehan adalah satu kelebihan.
- Mahir menggunakan Microsoft Word, Microsoft Excel dan PDF.
- Boleh mengendalikan mesin pencetak, scanner, photocopy dan binding.
- Teliti dalam menyemak dokumen dan mempunyai kemahiran pengurusan fail yang baik.
- Boleh bekerja secara individu dan dalam pasukan.
- Mampu bekerja mengikut tarikh akhir yang ditetapkan.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
- Rajin, bertanggungjawab, berdisiplin dan bersedia untuk belajar perkara baharu.
- Pengalaman menggunakan sistem ePerolehan / sistem perolehan kerajaan / sistem vendor adalah satu kelebihan.
Maklumat Jawatan
Jawatan: Eksekutif Dokumentasi Tender/ Sistem Perolehan & Pentadbiran
Jenis Pekerjaan: Sepenuh Masa
Lokasi: Star Avenue Commercial Centre Jalan Zuhal U5/179 Seksyen U5 Bandar Pinggiran Subang Petaling 40150 Shah Alam Selangor, Malaysia
Gaji: RM 2,000 hingga 2,500
Waktu Bekerja: Isnin hingga Jumaat (9.00am-5.30pm)
Kelebihan
- Persekitaran kerja pejabat yang teratur.
- Latihan berkaitan penyediaan dokumen tender dan sistem perolehan akan diberikan.
- Peluang mempelajari pengurusan tender, sebut harga dan dokumentasi syarikat.
- Peluang perkembangan kerjaya berdasarkan prestasi.
Pay: RM2,000.00 - RM2,500.00 per month
Benefits:
- Additional leave
- Health insurance
- Maternity leave
- Parental leave
Work Location: In person