jobs in Smartlink Engineering Sdn Bhd

Kerja Sepenuh Masa JURUTEKNIK - ASSEMBLY TECHNICIAN, Gaji tinggi MYR 3,000 di Smartlink Engineering Selangor - Maukerja

Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Shah Alam Selangor Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

Smartlink Engineering Sdn Bhd ialah sebuah syarikat kejuruteraan dan pembuatan Malaysia yang mengkhusus dalam reka bentuk, fabrikasi, pemasangan dan integrasi peralatan automasi industri, mesin berketepatan tinggi, box-build assembly, panel kawalan serta penyelesaian kejuruteraan tersuai.

Kami komited terhadap kualiti, inovasi dan penambahbaikan berterusan serta menyediakan persekitaran kerja yang menyokong perkembangan kemahiran teknikal dan kerjaya pekerja.

Kami sedang mencari Juruteknik (Assembly Technician) yang berdedikasi dan berminat untuk menyertai pasukan kami.

Lokasi Sekarang: Seksyen 32 Shah Alam

Setelah fasiliti pembuatan baharu siap, calon yang berjaya dikehendaki bekerja di fasiliti baharu kami di Sijangkang, Selangor

Tanggungjawab Utama :

  • Menjalankan kerja pemasangan komponen mekanikal, bahagian mesin, sub-assembly dan mesin lengkap berdasarkan lukisan kejuruteraan, arahan pemasangan dan spesifikasi.
  • Melaksanakan kerja mechanical fitting, pemasangan mesin, penjajaran (alignment), pelarasan dan pemasangan komponen mekanikal.
  • Menggunakan hand tools, power tools, alat pengukuran dan peralatan bengkel dengan selamat dan betul.
  • Menjalankan kerja seperti drilling, tapping, cutting, fastening dan kerja-kerja fabrikasi atau fitting berkaitan pemasangan mesin.
  • Menjalankan machine setup, pelarasan mekanikal, pengujian dan basic troubleshooting bagi memastikan mesin berfungsi dengan baik.
  • Memeriksa komponen dan mesin yang telah dipasang bagi memastikan ketepatan dimensi, kualiti kerja dan pematuhan kepada standard yang ditetapkan.
  • Memastikan komponen mesin, alat dan peralatan dikendalikan dengan baik bagi mengelakkan kerosakan.
  • Memastikan tugasan disiapkan mengikut jadual pengeluaran dengan mengekalkan standard kualiti kerja yang tinggi.
  • Menyediakan rekod pengeluaran dan melaporkan perkembangan kerja apabila diperlukan.
  • Mematuhi semua prosedur operasi syarikat.
  • Menjaga kebersihan dan kekemasan kawasan kerja mengikut amalan 5S.
  • Memberi sokongan dalam kerja pemasangan mesin, commissioning, penyelenggaraan, servis atau aktiviti di tapak pelanggan apabila diperlukan.
  • Menyertai aktiviti Kaizen dan penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan produktiviti, kualiti dan kecekapan operasi.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pasukan dari semasa ke semasa.

Kelayakan & Keperluan :

  • Minimum SPM, SKM, Sijil, Diploma atau kelayakan setaraf dalam Kejuruteraan Mekanikal, Mekatronik, Penyelenggaraan Industri, Teknologi Pembuatan atau bidang berkaitan.
  • Minimum 2 tahun pengalaman dalam pemasangan mesin, pembuatan peralatan, automasi, kejuruteraan berketepatan tinggi atau persekitaran pembuatan yang berkaitan adalah digalakkan.
  • Calon lepasan graduan baharu dengan latihan atau kelayakan teknikal yang berkaitan juga digalakkan memohon.
  • Mempunyai kemahiran asas mekanikal, troubleshooting dan perhatian yang baik terhadap perincian.

Pay: RM2,200.00 - RM3,000.00 per month

Benefits:

  • Additional leave
  • Free parking
  • Maternity leave
  • Opportunities for promotion
  • Professional development

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut