HR Gelak Je Lepas Habis Interview Kalau Korang Terlepas Cakap 4 Ayat Yang Tak Patut Ni!
# Pengetahuan Interview

HR Gelak Je Lepas Habis Interview Kalau Korang Terlepas Cakap 4 Ayat Yang Tak Patut Ni!

post by Ani

by Ani

Dec 25, 2023
pada 10:19 AM

HR Gelak Je Lepas Habis Interview Kalau Korang Terlepas Cakap 4 Ayat Yang Tak Patut Ni!

Hai gais, kita cerita serius sikit pasal interview. Kalau korang pernah rasa pelik kenapa lepas temuduga HR gelak tak ingat dunia, mungkin jawapan korang ada dalam artikel ni. Jangan risau, admin nak share 4 perkara yang boleh buat HR gelak lepas korang keluar bilik temuduga.

1. "Saya Dah Buat Research Ni Tapi Saya Lupa"

Korang pernah tak time temuduga HR tanya, "Kenapa kami patut hire korang?" Korang dengan berlagak jawab, "Selain nak cari duit, saya nak contribute kat syarikat ni la." Bagus jugak jawapan tu. Tapi lepas tu, bila ditanya pasal syarikat, korang buat muka blank dan jawab, "Err, saya research tapi lupa la."

Bro, sistur, kalau tak tau, jangan try cover up. Mungkin HR tengok korang ni macam student last minute study. So, jangan lupa buat homework sebelum temuduga.

2. "Ada Tapi Tertinggal Dalam Kereta"

Imagine korang apply kerja fotografi, pastu HR mintak portfolio. Lepas tu, korang jawab, "Ada la, tapi tertinggal dalam kereta." Seriously? Kalau betul tertinggal, pergilah ambil. Kalau takde, jangan buat alasan. HR ni bukan nak dengar drama "tertinggal dalam kereta", diorang nak tengok hasil kerja korang.

interview kerja

3. "Ya Saya Tahu, Ini Kan Pasal..."

Kalau HR tanya pasal syarikat atau isu semasa, please lah, jangan buat-buat pandai. Jangan jawab "ya saya tahu" pastu terdiam macam terkena sawan. Kalau tak tahu, just admit. HR lagi suka dengar kejujuran. Kalau nak impress, boleh cakap, "Saya tak pasti, tapi saya berminat untuk belajar dan tambah pengetahuan dalam bidang ni."

4. "Saya Pernah Alami Situasi Sibuk Sebegini, Masa Saya Sekolah Dulu Saya Setiausaha Kelab Tugas Saya..."

Kalau HR bagi situasi stress test, jangan la cerita pasal zaman sekolah dulu. "Saya Setiausaha Kelab Tugas Saya..." Seriously? HR nak dengar contoh situasi kat tempat kerja sekarang atau pengalaman korang yang latest. Kalau takde pengalaman, cakap jujur la. Katakan, "Saya belum ada pengalaman tapi saya sedia untuk belajar."

Jadi, gais, next time korang nak temuduga, pastikan jawapan korang tak buat HR gelak tergolek-golek. Jangan lupa, attitude tu penting. Kalau jujur, boleh gelak sikit pun takpa, janji bukan gelak sebab jawapan korang yang lawak. Good luck!

Kalau korang dah banyak apply kerja tapi tak pernah dapat interview tu...jangan la patah semangat lagi sebab ada banyak je lagi company yang tengah cari pekerja. Nak senang korang boleh je try cari pelbagai peluang kerja kosong disini sebab ada lebih daripada 30,000 kerja kosong kat sini & korang tunggu dipanggil interview je! Mohon kerja kosong disini


Maukerja tempat paling ngam untuk korang cari peluang pekerjaan. Ada berlambak kerja kosong menanti korang! Explore kerja kosong disini.