

by Ani
Hampir tiga tahun kita berdepan dengan pandemik Covid-19 yang melanda, dan sejak itu, banyak syarikat telah melihat ke arah kerja dari rumah atau work from home (WFH). Dari situ, ramai yang melihat peluang emas untuk menyertai trend kerja remote, di mana mereka boleh bekerja dari mana-mana tempat yang mempunyai capaian internet. Mari kita lihat beberapa pilihan pekerjaan remote yang sangat diminati.

Jika anda mahir dalam strategi pemasaran digital seperti email marketing, pay per click, search engine marketing, dan media sosial, pekerjaan ini mungkin sesuai untuk anda. Semakin banyak syarikat yang memerlukan pakar pemasaran digital untuk memastikan produk atau perkhidmatan mereka dikenali di dunia maya.
Kalau korang ada kemahiran ni, korang boleh je mohon kerja dalam bidang Online Marketing/Digital Marketing disini > Mohon kerja disini

Seorang social media manager bertanggungjawab untuk menjaga dan menguruskan akaun media sosial syarikat. Tugas termasuk merancang strategi pemasaran, membuat posting dan kapsyen, serta menjawab pertanyaan daripada pengikut. Jika anda aktif di media sosial dan kreatif, pekerjaan ini mungkin sesuai untuk anda.
Nak kerja sebagai Social Media Manager? Apply disini > Mohon kerja disini

Bagi mereka yang memiliki bakat menulis, terdapat pelbagai peluang di luar sana. Hampir semua jenis perniagaan memerlukan penulis untuk mencipta kandungan yang berkualiti. Membina portfolio yang kukuh dan mencari peluang pekerjaan penulisan yang sesuai adalah langkah awal untuk berjaya dalam bidang ini.
Nak kerja sebagai Freelance Writer? Apply disini > Mohon kerja disini

Kemahiran dalam membangunkan aplikasi mudah alih adalah salah satu keperluan yang sangat diperlukan pada masa kini. Anda boleh mencari pekerjaan dalam syarikat secara online atau mengembangkan aplikasi sendiri, seperti aplikasi permainan atau pembelajaran, yang boleh menarik perhatian ramai.
Nak kerja sebagai Mobile App Developer? Apply disini > Mohon kerja disini

Jika anda mahir dalam seni penjualan melalui penulisan, pekerjaan sebagai copywriter mungkin menjadi pilihan yang tepat. Kebolehan untuk menulis teks yang menarik dan meyakinkan dapat membantu meningkatkan penjualan produk atau perkhidmatan.
Nak kerja sebagai Copywriter? Apply disini > Mohon kerja disini
Jadi, jika anda merancang untuk bekerja secara remote dari mana-mana bahagian dunia, selagi terdapat capaian internet yang stabil, anda boleh merancang jenis pekerjaan remote yang sesuai dengan minat dan kemahiran anda. Semoga artikel ini memberikan pandangan yang bermanfaat!✌
Maukerja tempat paling ngam untuk korang cari peluang pekerjaan. Ada berlambak kerja kosong menanti korang! Explore kerja kosong disini.
Cari Peluang Kerja Dengan Maukerja Disini: